Kampung Chennah & Perkampungan Orang Asli, Jelebu




Salah satu kawasan yang kurang dilawati atau dikunjungi di daerah Negeri Sembilan adalah Jelebu. Terutama sekali di kawasan antara Kuala Klawang/Titi hingga ke daerah Hulu Langat, Selangor. Kawasan ini sebenarnya dipenuhi dengan kebun2, ladang2, hutan2 dan perkampungan orang asli. Di daerah ini juga terletaknya sempadan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. 

Bulatan untuk ke Kg Chennah, Kg Orang Asli & Taman Negeri Kenaboi.


Masjid Kg. Chennai menjadi lokasi carian untuk datang ke sini.


Apa yang menarik, di dearah ini terletaknya Taman Negeri Kenaboi, Gunung Besar Hantu, Jeram Gading, Gua Harimau, Lembah Jemaloi dan Air Terjun Lata Kijang. Sebenarnya, hutan ini adalah yang paling menarik di Negeri Sembilan. Jalan yang menghubungkan dari Kuala Klawang dan Hulu Langat merupakan jalan yang jarang dilalui kenderaan dan sekarang menjadi jalan latihan untuk sukan berbasikal dan marathon.

Pemandangan yang indah dalam perjalanan ke Taman Negeri Kenaboi


Simpang ke Kem Perjuangan



Sekiranya anda ingin ke Taman Negeri Kenaboi, anda boleh singgah melawat ke Kg. Chennah dahulu sebelum menuju ke sana kerana hanya di sini terdapat kemudahan seperti masjid, kedai runcit, minyak petrol (botol), kedai makan utama, pejabat dan lain2. Tambahan pula, tiada coverage talifon di dalam Taman Negeri Kenaboi dan Gunung besar hantu setakat ini.



Terdapat kem2 latihan motivasi dalam perjalanan ke Taman Negeri Kenaboi seperti Kem Perjuangan dan Kem Kenaboi. Dahulu, kem ini adalah tempat transit sebelum menaiki kenderaan 4WD untuk masuk ke Taman Negeri Kenaboi.
























Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3