Kampung Chennah & Perkampungan Orang Asli, Jelebu

Salah satu kawasan yang kurang dilawati atau dikunjungi di daerah Negeri Sembilan adalah Jelebu. Terutama sekali di kawasan antara Kuala Klawang/Titi hingga ke daerah Hulu Langat, Selangor. Kawasan ini sebenarnya dipenuhi dengan kebun2, ladang2, hutan2 dan perkampungan orang asli. Di daerah ini juga terletaknya sempadan tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Bulatan untuk ke Kg Chennah, Kg Orang Asli & Taman Negeri Kenaboi. Masjid Kg. Chennai menjadi lokasi carian untuk datang ke sini. Apa yang menarik, di dearah ini terletaknya Taman Negeri Kenaboi, Gunung Besar Hantu, Jeram Gading, Gua Harimau, Lembah Jemaloi dan Air Terjun Lata Kijang. Sebenarnya, hutan ini adalah yang paling menarik di Negeri Sembilan. Jalan yang menghubungkan dari Kuala Klawang dan Hulu Langat merupakan jalan yang jarang dilalui kenderaan dan sekarang menjadi jalan latihan untuk sukan berbasikal dan marathon. Pemandangan yang indah dalam perjalanan ke T...