Hutan Lipur Lenggeng.
Terletak berdekatan dengan kampung Pantai dan Lenggeng, atau kira2 25 KM dari Bandar Seremban. Hutan lipur ini kurang dilawati berbanding dengan hutan lipur yang lain. Ianya terletak di Hutan Simpan Setul di tepi jalan utama antara kampung Pantai ke Lenggeng.
Daya tarikan utama hutan lipur ini adalah
air terjun kecil bertingkat2 yang mengalir dari bukit berhampiran. Terdapat
sebuah kolam mandi kecil tetapi air tidak bertakung. Aktiviti mandi manda dan berkhelah adalah yang
paling kerap dilakukan di sini. Terdapat juga laluan denai disepanjang hutan lipur ini
untuk aktiviti merentas hutan.
Air terjun kecil yang mengalir cantik dari atas |
Terdapat satu lagi sungai kecil yang mengalir dari kawasan berhampiran |
Tangga untuk naik ke atas bagi melihat air terjun bertingkat |
Terdapat kemudahan2 seperti tapak
perkhemahan, tempat memasak, dewan terbuka, tandas, pondok rehat, surau dan
pejabat. Tetapi kemudahan2 ini kelihat tidak dijaga dan sedikit kotor. Tandas
juga tiada air dan agak berbau.
Menurut penduduk kampung, terdapat
pesawat Jepun pernah terhempas di pinggir
sempadan hutan dan laluan balak ketika zaman perang dunia ke dua. Namun begitu tidak diketahui lokasinya.
Mungkin disebabkan lokasi yang terpencil dan tiada daya tarikan khusus, telah menyebabkan hutan lipur ini kurang dilawati. Akibatnya kemudahan2 jarang digunakan dan akan menjadi usang. Kem2 motivasi juga jarang diadakan di sini.
Dewan Terbuka |
Pejabat kecil |
Tapak Perkhemahan yang luas |
Tempat memasak dan pondok rehat ada banyak |
Surau yang agak kotor kerana mungkin jarang digunakan |
Tandas tiada air |
Mungkin disebabkan lokasi yang terpencil dan tiada daya tarikan khusus, telah menyebabkan hutan lipur ini kurang dilawati. Akibatnya kemudahan2 jarang digunakan dan akan menjadi usang. Kem2 motivasi juga jarang diadakan di sini.
Comments
Post a Comment