Stesen Keretapi Lama Gemas & Bahau, Negeri Sembilan
Papan tanda 'lama' di Stesen Keretapi Lama Gemas. (era 70-80an). Papan tanda 'baru' di Stesen Keretapi Lama Gemas. (era 90an) Stesen keretapi Gemas adalah penting kerana ia menghubungkan laluan Utara, Barat, Selatan dan Pantai Timur di Semenanjung Malaysia. Stesen ini terletak di pekan Gemas, Negeri Sembilan yang bersempadanan dengan daerah Segamat, Johor. Gemas menjadi stesen keretapi elektrik penghujung yang menghubungkan sektor utara dan barat. Sektor selatan dan pantai timur masih lagi belum mengunakan elektrik. Tetapi laluan Selatan sedang giat menjalankan projek landasan berkem bar. Stesen Keretapi Gemas yang baru serba langkap. Stesen baru telah siap dan gah dibina pada tahun 2013 dengan kemudahan yang lebih lengkap serba moden. Stesen keretapi lama masih lagi ditinggalkan sebagai kenangan dan terletak betul2 di sebelah stesen baru. Di pekan Gemas yang boleh dianggap pekan koboi yang jauh dari bandar, Stesen Lama Gemas bukanla...