Mendaki Gunung Telapak Buruk, Jelebu, Negeri Sembilan

Mendaki Gunung Telapak Buruk sahaja.

Satu lagi cara yang jarang dilakukan adalah mendaki Gunung Telapak Buruk (Pencawang) dari Jalan Besar Pantai-Kuala Klawang. Anda boleh mendaki dengan melalui satu jalan raya kecil (bukannya denai hutan) yang sejauh 13KM!!. Jarak 13KM ini jauh memang memenatkan dan tidak digalakkan mendaki dari sini jika anda tidak biasa!!. Jalan raya kecil ini agak teruk keadaannya untuk dilalui oleh kereta tetapi boleh jika menggunakan 4WD atau motosikal.
Simpang memasuki laluan pendakian. Terletak di sempadan Seremban/Jelebu, Jalan Pantai ke Kuala Klawang.
Tempat Parking Kenderaan


Lokasi permulaan mendaki adalah di sempadan dearah Seremban/Jelebu yang melalui jalan Pantai ke Kuala Klawang. Terdapat satu simpang kecil memasuki Hutan Simpan Berembun yang juga untuk ke Pencawang Telekomuniksi (Digi, Celcom & Maxis). Boleh parking kereta anda di tempat parking berdekatan dan memulakan pendakian dengan memasuki simpang jalan kecil tersebut. 
Jarak Pendakian : 13KM!!
Masa Anggaran :  4 hingga 6 jam sehala.
Tahap Kesukaran : Sederhana.

Carta pendakian adalah:


Mula mendaki (simpang) – 
Terdapat beberapa Papan Tanda hutan di sepanjang jalan



Tiada pondok rehat di sepanjang jalan ini.


Jalan kecil ini sebenarnya dibina khas untuk Pencawang Telekomunikasi di atas gunung






Punca Air (7.5 KM) – 
Lebih separuh daripada perjalanan, anda akan berjumpa satu2nya punca air di tepi jalan.


Jarang sekali kenderaan melalui jalan ini


Papan tanda lagi


Kadang kala terdapat pokok tumbang dan itu perkara biasa


Kelihatan tong sampah besar ini menandakan sudah lebih 10KM perjalanan


Perjalanan melalui jalan raya ini ada turun naik dan jalan agak teruk juga







Pencawang Pertama (12KM)  – 
Kelihatan Pencawang Telekomunikasi pertama menandakan hanya 1KM lagi ke puncak


1 KM perjalanan anda akan berjumpa dengan Pencawang lagi. Ini sudah berdekatan dengan puncak.




Pencawang Kedua (Puncak Gunung Telapak Buruk) 13KM.
Pencawang Maxis


Pencawang Digi


Laluan memasuki denai hutan untuk ke Tapak Kapal Terbang & Gunung Berembun. Terletak di sebelah pencawang Digi.


Jarak perjalanan adalah sejauh 13KM!! dan ini memang memenatkan jika anda tidak biasa. Ada satu punca air di KM ke 7.5 untuk mendapatkan sumber air. Apabila sampai di puncak terdapat kem, ia merupakan kawasan larangan dan anda dilarang masuk. Anda juga boleh memasuki hutan untuk menurun ke Tapak Bangkai Pesawat dan Gunung Berembun dari sini.

Anggaplah ini puncak Gunung Telapak buruk yang terletak hanya 100 meter dari puncak sebenar.


Kawasan larangan di puncak utama. Dilarang mengambil gambar.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3