Hutan Rekriasi Bintongan, Kampung Batu, Rembau.

Mungkin tidak ramai mengetahui kewujudan Hutan Rekriasi Bintongan walaupun ianya telah lama dibuka sejak tahun 90an lagi. Orang Negeri Sembilan sendiri mungkin tidak mengetahuinya kerana ia tidak begitu popular. Terletak di Kampung Batu, kira2 6KM dari pekan Rembau. Jalan masuk berdekatan dengan persimpangan tiga ke Bukit Miku (dan ke Johol) yang terdapat Pejabat Peladang dan Masjid dekat simpang ini. Lihat peta dan panduan perjalanan di bawah.
Peta lokasi Hutan Rekriasi Bintongan.

Simpang masuk ke Kampung dan juga ke Masjid. Kemudian teruskan perjalanan anda.

Sampai di simpang ini, masuk kiri seperti di papan tanda.


Sampai di persimpangan ini, ambil laluan kiri sekali dan terus.

Sampai di Hutan Lipur. Mercu tanda keris yang sudah rosak ini sedang diperbaiki.

Apa yang menarik ada di Hutan Rekriasi ini hanyalah air terjun dan jeram kecil untuk anda berkhelah dan bermandi manda. Terdapat beberapa kemudahan seperti tandas, pondok dan bangunan yang baru dibangunkan oleh Kerajaan Negeri. Hutan rekriasi ini kecil sahaja dan mungkin tidak
banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kerana tiada daya tarikan utama. Mungkin kerajaan negeri sedang melakukan kerja2 tambahan untuk menaiktaraf kemudahan. Lihat gambar2 dan penerangan di bawah.

Menyedari tentang pentingnya memajukan industri pelancongan ini. Kerajaan negeri telah melakukan kerja2 menaik taraf banyak Hutan Rekriasi untuk menggalakan kunjungan pelancong. Termasuklah papan tanda di jalan tadi.


Kemudahan tandas dan mungkin ada pejabat. Tetapi belum dibuka lagi atau berkunci.

Jeram dan air terjun di bahagian hadapan

Pondok rehat dan untuk berkhelah. Sampah sarap itu perkara biasalah di negera kita.

Air terjun kecil dan jeram untuk bermandi manda.

Air terjun kecil dan jeram untuk bermandi manda.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3