Gunung Besar Hantu & Air Terjun Lata Kijang, Jelebu
Terletak dalam Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu dimana anda akan
melalui Taman Negeri Kenaboi (selepas pondak jaga). Ia mungkin dianggap gunung
tertinggi di Negeri Sembilan walaupun puncaknya terletak dalam daerah Pahang
sekitar beberapa ratus meter sahaja. Tetapi pendakian lebih 90% melalui daerah
Negeri Sembilan.
Gunung ini pada mulanya tidak dikenali sehinggalah pada
tahun 2013 selepas Taman Negeri Kenaboi dibuka lebih meluas. Anda turut boleh
melawat air terjun Lata Kijang yang terletak berdekatan atau boleh terus
mendaki gunung.
Sekiranya hendak mendaki gunung, anda perlu mendapatkan
permit daripada Jabatan Perhutanan Jelebu, Negeri Sembilan yang biasanya
dilakukan oleh organisasi yang menjalankan aktviti pendakian berserta dengan
jurupandu. Oleh itu, lebih mudah jika pendakian gunung ini diuruskan oleh
organisasi lain yang menawarkan pengurusan aktiviti.
Gunung ini setinggi hampir 1500M dan terdapat dua puncak utama
iaitu Gunung Besar Hantu dan Gunung Kecil Hantu. Pendakian ke gunung ini mengambil
masa 5 hingga 7 jam. Anda boleh melawat ke Air Terjun Lata Kijang jika mahu.
Anda akan memasuki hutan simpan Kenaboi terlebih dahulu
dengan melalui pondok jaga. Di sebelah kiri adalah Taman Negeri Kenaboi yang
terdapat segala kemudahan. Kebiasaannya pendaki akan singgah di Taman Negeri
ini untuk membuat persiapan dahulu. Tetapi jika pendakian harian (day pack)
adalah tidak perlu dan anda akan terus ke starting point.
Dari Pondok Jaga Taman Negeri Kenaboi. Terus untuk ke Air Terjun Lata Kijang dan Gunung Besar Hantu. |
Peta dari Taman Negeri Kenaboi untuk ke Air Terjun dan Starting Point mendaki |
Melawat Air Terjun Lata Kijang
Dalam perjalanan untuk ke starting point GBH, anda akan melalui
satu simpang ke kiri untuk ke Air Terjun Lata Kijang. Jarak simpang dari Taman
Negeri adalah sekitar 2 KM. Anda perlu berjalan sekitar 500 M untuk sampai ke
air terjun.
Mendaki Gunung Besar Hantu
Dari Taman Negeri Kenaboi, jarak ke starting point adalah
sekitar 4 KM dan jika berjalan, anda akan mengambil masa hampir 1 jam. Jika
menaiki 4WD, mungkin hanya 15 ke 20 minit diperlukan.
Comments
Post a Comment