|
Peta Besar lokasi Taman Kinabalu & Gunung Kinabalu |
Mendaki
Gunung Kinabalu Dari Taman Kinabalu (Timpohan)
Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia
dan mungkin juga di Asia Tenggara. Walaupun ramai mengatakan Puncak Jaya di
Irian Jaya adalah yang tertinggi, tetapi lokasinya sudah berada di benua
yang lain.
Puncak Kinabalu berketinggian 4095M terletak di daerah Ranau, Sabah dan tidak jauh dari Bandar Kota Kinabalu sekitar 90KM. Memandangkan
jaraknya dari Bandar KK yang tidak jauh, ini menjadikan Gunung Kinabalu sebagai
tumpuan utama pelancong dari dalam dan luar Negara.
Mendaki Gunung Kinabalu bukanlah sukar kerana jika kita
medaki dari Taman Kinabalu yang terletak di Kundasang, kita bermula mendaki
dari paras 1650M dan jarak untuk mendaki sekitar 8 KM sahaja jika dari pondok
Timpohan. Oleh itu, mendaki Gunung Kinabalu boleh dilakukan oleh sesiapa yang
mempunyai kesihatan dan kecergasan yang baik. Walaubagaimanapun, mendaki gunung
ini juga tidaklah berada pada tahap mudah kerana ada cabaran-cabaran yang tersendiri.
Pakej mendaki Gunung Kinabalu sekarang ditawarkan lebih
kepada konsep melancong sambil mendaki. Pendaki akan mengambil masa 2 hari 1
malam untuk mendaki dan bermalam di Laban Rata yang terletak pada kira-kira 70%
perjalanan ke puncak. Hari pertama pendaki akan mendaki dari Timpohan sehingga
ke Laban Rata. Pada awal pagi keesokannya, pendaki akan memulakan pendakian ke
puncak dari Laban Rata dan kemudian akan turun semula ke Laban Rata. Sebelum
tengahari, pendaki akan turun semula ke Timpohan.
Konsep mendaki sambil melancong adalah sesuatu yang sangat
menarik kepada semua pelancong agar mereka dapat menikmati pendakian sambil
melihat pemandangan dan berehat. Pendaki tidak akan terburu-buru untuk mendaki
dengan cepat dan mempunyai masa lebih jika sampai awal atau boleh bersantai.
Jika anda mahu mendaki Gunung atau hanya ingin melawat, anda perlu mengetahui dahulu berkenaan dengan Taman Kinabalu yang saiznya juga agak luas. Sila baca penerangan ringkas di bawah.
Kinabalu Park (Taman Kinabalu).
|
Peta menunjukkan Taman Kinabalu yang sebenarnya agak luas |
Terletak kira-kira 90KM dari bandar Kota Kinabalu, Kinabalu Park adalah
seperti Hutan Lipur Eco-Pelancongan yang terdapat banyak kemudahan-kemudahan seperti Chalet, Pejabat, Tandas, Surau, Kedai Makan, dan sebagainya. Banyak aktiviti-aktiviti lain yang boleh dilakukan di Hutan Lipur ini selain daripada mendaki Gunung Kinabalu.
Ruang parking di sini agak terhad jika di bahagian atas.
Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini bertujuan untuk mendaki Gunung
Kinabalu dan hanya sebahagian kecil datang sekadar melawat. Berdasarkan kepada peta Taman Kinabalu tadi, dapat dilihat banyak kemudahan yang ada di sini dan banyak aktiviti lain yang turut boleh dilakukan.
Kemudahan tambahan yang terdapat di Kinabalu Park adalah Chalet/Resort, Kabin, Villa, Restoran, Pusat Konservasi Kinabalu, Taman Botani, Sungai Silau-Silau, Dewan Kinabalu, Pondok Rehat, Denai Hutan dan sebagainya.
Aktiviti-aktiviti lain yang turut boleh dilakukan di Taman Kinabalu ini adalah seperti merentas denai hutan, membuat lawatan ke pameran, berehat, bersantai, menimati makanan, mengambil gambar (fotografi) dan banyak lagi. Jika anda berkelapangan atau tidak minat mendaki Gunung, boleh luangkan masa anda untuk aktiviti lain di Taman ini.
Jarak Kinabalu Park ke Pondok Timpohan adalah sekitar 4KM
dan anda perlu menaiki kereta atau bas untuk ke Pondak Timpohan. Ia merupakan
lokasi permulaan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Jika mahu berjalan atau
berjoging, silakan.
Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
|
Simpang masuk ke Taman Kinabalu di sana, dihadapan Restoran. Jalan di bawah adalah Jalan Tamparuli/Kota Belud - Ranau.
|
.
|
Lokasi untuk parking kenderaan awam adalah di bawah sana.
|
.
|
Pintu Gerbang masuk ke Taman Kinabalu yang menarik.
|
.
|
Kebanyakan kenderaan yang masuk ke kawasan ini hanya untuk menurunkan penumpang sahaja. Parking di sini agak terhad.
|
.
|
Restoran Balsam Buffet terletak di bawah ini. Boleh singgah jika ingin menjamu selera.
|
.
|
Kedai menjual cenderahati untuk anda singgah membeli apa-apa sebagai kenangan.
|
.
|
Bangunan Pejabat Taman Kinabalu. Masuk ke sini untuk pendaftaran anda.
|
.
|
Kemudahan Tandas Awam, Surau dan Restoran semua ada di sini.
|
.
|
Tidak dapat dipastikan, mungkin ini adalah kedai menjual peralatan mendaki.
|
.
|
Terdapat juga lokasi berehat dan bersantai di Taman Kinabalu ini.
|
.
|
Kadangkala, kabus tebal akan singgah sementara di sini lalu menyebabkan suasana menjadi sejuk dan nyaman.
|
.
.
Lokasi Permulaan Untuk Pendakian Ke Gunung Kinabalu.
Kebiasannya, pendaki tidak menginap di Taman Kinabalu. Mereka akan sampai di lokasi ini pada waktu pagi untuk memulakan pendakian. Pendaki perlu membuat pendaftaran dahulu di Pejabat Taman Kinabalu dengan dibantu oleh Pemandu Pelancong dan seterusnya Malim Gunung. Segala persiapan diri dan peralatan biasanya telah dilakukan oleh pandaki apabila tiba di sini.
Seperti penerangan awal tadi, selepas pendaftaran selesai pendaki akan dibawa menggunakan Bas Mini ke Pondok Timpohan atau Timpohan Gate yang terletak lebih 4 KM dari Taman Kinabalu. Anda akan diberikan Tag Pendaki yang hari digantung di leher dan seterusnya akan diberikan taklimat oleh Malim Gunung sebelum memulakan pendakian.
Lihat peta di bawah sebagai rujukan. Sila klik di sini iaitu ke Bahagian 2 untuk pendakian yang seterusnya iaitu dari Pondok Timpohan ke Laban Rata.
|
Peta Laluan Pendakian Gunung Kinabalu |
.
Comments
Post a Comment