Mendaki Gunung Kinabalu (Gate Timpohan ke Laban Rata)

Peta Mendaki Gunung Kinabalu dari Gate Timpohan & Tambang. Kedua-dua trek akan bertemu di KM ke 4.


Dalam Bahagian 1 tadi, kita telah mengetahui serba sedikit berkenaan dengan Taman Kinabalu yang merupakan lokasi pertama yang harus dikunjungi oleh pendaki untuk urusan pendaftaran.

Majoriti pendaki Gunung Kinabalu akan mendaki melalui Gate Timpohan yang merupakan laluan paling senang. Ada dua lagi lokasi mendaki iaitu melalui Tambang dan Ferrata. Jarak pendakian dari sini ke Laban Rata adalah sekitar 6KM (jika ke puncak adalah 8KM). Permulaan mendaki berada pada ketinggian 1865M dari paras laut.

Anda akan diberikan penerangan dahulu sebelum mendaki oleh Malim Gunung. Gunung Kinabalu mewajibkan penggunaan Malim seorang untuk 12 pendaki. Pendakian akan bermula dan anda akan melalui pondok-pondok berikut:

Pondok Timpohan (Mula) - Pondok Kandis - Pondok Ubah - Pondok Lowh - Pondok Mempening - Pondok Layang-Layang - SIMPANG (KM4) - Pondok Villosa - Pondok Paka - Pondok Waras - Laban Rata (Check Point).

Di setiap Pondok Rehat akan terdapat Jamban dan Tandas. Oleh itu, pendaki tidak perlu risau jika sakit perut kerana kemudahan ini akan terdapat di setiap pondok.  Sebenarnya, terdapat juga Helipad, Pencawang Telekomunikasi, Kabel Elektrik & Saluran Air dan Asrama Staff di sepanjang laluan trek. Tetapi pendaki biasanya tidak kisah dengan semua itu kerana fokus mereka lebih kepada pendakian.
 
Suasana pendakian adalah seperti berada di 'Mossy Forest' iaitu hutan tanah tinggi di Malaysia kerana lokasi permulaan ini sudah berada lebih 1800 meter dari paras laut. Trek yang anda akan lalui ada yang dibina tangga kayu dan ada yang semulajadi. Keseluruhannya, trek dari Gate Timpohan ke Laban Rata tidaklah begitu sukar.

Kebiasaannya, pendakian akan bermula antara jam 7 ke 10 pagi. Lewat mendaki akan menyebabkan anda lewat sampai ke Laban Rata. Pendaki biasanya telah siap bersarapan dan Makanan Tengahari juga sudah siap sedia dibungkus untuk makan semasa pendakian. Masa pendakian adalah sekitar 4 jam hingga ke 8 jam bergantung kepada kemampuan individu. Pendaki akan sampai ke Laban Rata sekitar jam 2 hingga ke 5 petang. Ini juga adalah waktu untuk Check-In ke Hotel penginapan di Laban Rata. Lihat gambar-gambar di bawah untuk merasai pengembaraan ini:


Pendakian Bermula selepas Pondok Timpohan.



1. Pondok Kandis
Pondok pertama biasa jarang pendaki singgah kerana masing-masing masih bertenaga.



2. Pondok Ubah
.

Terdapat sedikit pelawat di pondok ini.

Sepanjang trek anda akan melihat wayar elektrik panjang dan paip bersambung untuk bekalan air. Ini merupakan keperluan asas untuk bangunan-bangunan di atas Gunung ini.

.


3. Pondok Lowh

Semakin ramai pendaki berehat di pondok Lowh.
.

Keadaan trek sepanjang pendakian selepas pondok Lowh

.

4. Pondok Mempening
Ramai mengatakan apabila sampai di pondok ini mereka akan berasa pening. Memang benar kerana nama pondok ini pun memang Mempening.

.

Sakit perut? Jangan risau kerana Jamban ada di mana-mana.

.

Keadaan trek selepas berasa pening.
.


5. Pondok Layang-Layang
Semakin ramai pendaki melepak di pondok ini kerana masing-masing sudah berasa kepenatan

  .

.


6. SIMPANG TREK (KM4)

Simpang ini menyambungkan antara laluan trek dari Gate Timpohan dan Gate Tambang. Laluan ini seterusnya untuk ke Laban Rata dan Puncak.
.

Notis mesti mempunyai permit.

  .

.



7. Pondok Villosa
Kebanyakan pendaki yang sampai di sini kelihatan sudah penat

.

Keadaan trek selepas pondok Villosa agak berkabus

.



8. Pondok Paka?

Tidak dapat dipastikan ini adalah pondok Paka atau pondok Waras

  .

.

Trek semakin banyak batu-batu.

.

Sudah menghampiri ke Laban Rata

.

Inilah dia destinasi tujuan untuk hari ini iaitu Laban Rata yang merupakan Check Point.
.


Laban Rata (Hotel, Asrama & Rumah Rehat).

Laban Rata adalah Check point sebelum meneruskan pendakian ke puncak Kinabalu. Jika anda berada di sini, puncak hanya sekitar 2KM sahaja atau sudah 75% pendakian jika dari Timpohan. Laban Rata bukan sekadar Camp Site tetapi juga adalah hotel untuk pendaki berehat semalaman. Di Laban Rata terdapat Kantin, Bilik Penginapan, Tandas, Surau dan segala kemudahan yang diperlukan termasuklah untuk pendaratan Helikopter.
 
Terdapat beberapa jenis Hotel atau Asrama yang disediakan di Laban Rata dan pemilihannya bergantung kepada pihak penganjur anda. Asrama yang kami lawati pada kali ini adalah merupakan yang paling besar iaitu bangunan utama yang bersaiz 4 tingkat seperti dalam gambar tadi.  Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini dan maklumat lanjut seterusnya.
 
 
Asrama penginapan utama di Laban Rata yang sangat menarik. Terdapat ruang makan di luar untuk menikmati pemandangan.
.
 
.
 
 

 .
 
Ada beberapa lagi bangunan seperti Hotel & Asrama di sini.
.
 
Terdapat Helipad dan juga Gelanggang Bola Tampar berdekatan dengan Asrama Laban Rata.
.


Suasana Di Asrama Laban Rata.

Umumnya, suasana akan bergantung kepada Asrama, saiz bilik dan jenis pakej yang diambil oleh pendaki. Untuk mendaftar ke Asrama, anda perlu menunggu Malim Gunung dan Ketua Pendaki tiba bersama sekiranya anda sudah sampai dahulu.
 
Asrama 4 Tingkat ini lebih berkonsepkan Dorm atau pengkongsian bilik dimana satu bilik yang luas akan dikongsi seramai 10 pendaki. Keadaan bilik mungkin agak sempit tetapi pendaki biasanya hanya ingin berehat sementara sahaja sebelum meneruskan pendakian pada esok pagi. Pakej yang kami ambil menggunakan Tandas yang disediakan secara berpusat untuk aras tersebut. Bermaksud, tiada tandas disediakan di bilik. Terdapat kemudahan Pemanas Air tetapi ketika kunjungan, Alat Pemanas mengalami kerosakan dan air terlalu sejuk di sini. Jika tiada kemudahan Air Panas, mungkin tidak sesuai untuk mandi kerana air terlalu sejuk.
 
Laban Rata berada pada ketinggian sekitar 3200 meter dari paras laut. Suhu di Laban Rata pada waktu siang hari adalah sekitar 10 ke 15 Darjah Cercius. Pada malam hari, akan turun sekitar 5 ke 10 Darjah Celcius. Suhu ini agak sejuk jika dibandingkan dengan suhu biasa malah lebih sejuk dari Cameron Highland atau Genting Highland. Oleh itu, anda akan sentiasa memakai Baju Tebal, Stokin dan Sarung Tangan untuk memastikan haba badan sentiasa dikawal. 

Dewan Makan yang juga tempat bersantai atau melepak turut disediakan di aras bawah dimana lokasi inilah Makan Malam dan Sarapan Pagi (esok) akan disediakan. Anda akan menghabiskan banyak masa di sini selain berehat di bilik kerana pada malam hari, suasana di luar adalah amat sejuk. Makan malam akan dihidangkan antara jam 5 petang hingga 8 malam. Sarapan pagi pada esok hari adalah sekitar jam 6 pagi hingga 9 pagi. Namun begitu, ini bergantung juga kepada pakej yang anda ambil kerana terdapat kes dimana makanan akan dibungkus sahaja.

Kebiasaannya, pendaki akan tidur awal iaitu sekitar jam 8 atau 9 malam kerana pendakian akan bermula seawal jam 2 pagi esoknya.


 .
 
Pintu masuk ke Asrama yang menarik.
.

Peta Gunung Kinabalu dan Gambar-Gambar banyak dipaparkan di sini.
.

Suasana di Kantin yang sangat menyelerakan. Dewan makan agak luas dan ada ruang makan di luar untuk pemandangan indah.
.

.

Suasana di Koridor dan pintu bilik. Maaf kerana gambar kabur.
.

.

.


 
Pendakian Yang Seterusnya Ke Puncak Gunung Kinabalu. 

Pendaki akan bangun awal iaitu pada jam 2 pagi untuk meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu. Keadaan pada waktu ini adalah gelap, berkabus dan amat sejuk.

Pendaki perlu membuat persiapan secukupnya untuk mendaki dalam keadaan gelap dan sejuk. Lampu pandu, baju sejuk, sarung tangan dan stokin tambahan perlu digunakan.
 
Terdapat kes di mana jika hujan terlalu lebat atau cuaca yang sangat buruk pada awal pagi, pendakian terpaksa dibatalkan. Oleh itu, anda terpaksa menetap di Laban Rata sahaja dan bersabar seketika jika cuaca semakin baik atau turun ke pondok Timpohan jika tiada peluang mendaki. Ada juga pendaki yang tidak sanggup untuk mendaki ke puncak akan menetap di Laban Rata kerana penat.
 
Sila klik di sini untuk ke Bahagian 3 iaitu pendakian dari Laban Rata ke Puncak. 
 

.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3