Mendaki Gunung Telapak Buruk, Jelebu, Negeri Sembilan

Mendaki Gunung Telapak Buruk sahaja. Satu lagi cara yang jarang dilakukan adalah mendaki Gunung Telapak Buruk (Pencawang) dari Jalan Besar Pantai-Kuala Klawang. Anda boleh mendaki dengan melalui satu jalan raya kecil (bukannya denai hutan) yang sejauh 13KM!!. Jarak 13KM ini jauh memang memenatkan dan tidak digalakkan mendaki dari sini jika anda tidak biasa!!. Jalan raya kecil ini agak teruk keadaannya untuk dilalui oleh kereta tetapi boleh jika menggunakan 4WD atau motosikal. Simpang memasuki laluan pendakian. Terletak di sempadan Seremban/Jelebu, Jalan Pantai ke Kuala Klawang. Tempat Parking Kenderaan Lokasi permulaan mendaki adalah di sempadan dearah Seremban/Jelebu yang melalui jalan Pantai ke Kuala Klawang. Terdapat satu simpang kecil memasuki Hutan Simpan Berembun yang juga untuk ke Pencawang Telekomuniksi (Digi, Celcom & Maxis). Boleh parking kereta anda di tempat parking berdekatan dan memulakan pendakian dengan memasuki simpang jalan kecil tersebut....