Jeram Gading (Hutan Lipur), Jelebu
Mungkin tidak ramai megetahui kewujudan jeram ini kerana terletak di kawasan pedalaman mukim Titi (seperti Jeram Tengkek di Kuala Pilah). Tetapi hasil lawatan menunjukkan jeram ini ditutup dan tidak boleh dimasuki. Kemudah2 yang ada telah rosak dan tidak dijaga. Air terjun yang mengalir juga keruh tetapi mungkin kerana baru hujan. Pintu pagar pusat rekriasi ini ditutup Kemudahan2 di pusat rekriasi ini sudah lama ditinggalkan dan mungkin sudah rosak Kelihatan terdapat pejabat dan dewan/pentas di pusat rekriasi Kolam juga kelihatan sudah tidak dijaga Terdapat tandas rosak dan pondok semak di luar Terletak lebih kurang 23 KM dari pekan Kuala Klawang, jeram ini dahulu adalah laluan jalan sungai untuk ke Pahang yang melalui sungai Kongkoi dan juga untuk ke Lata Kijang. Disebabkan kawasan kemudahan ditutup, jeram ini mungkin sekadar untuk lawatan sahaja atau anda boleh mencari kemudahan sendiri. Jambatan gantung untuk ke seberang sungai Ai...