Bukit Senaling, Senaling, Kuala Pilah

Puncak Bukit Senaling dari kejauhan. Mula menjadi viral pada tahun 2017 apabila daya tarikan utamanya iaitu ‘Awan Karpet’ menjadi gambar pemanda ngan indah di media sosial lalu menarik perhatian pengunjung. Terletak di Kampung Ulu Senaling, Kuala Pilah, N. Sem bilan. Pengunjung dari jauh seperti dari Kuala Lumpur dan Selangor sanggup datang ke sini untuk melihat ‘awan karpet’. Mereka akan menjadikan Petronas Senaling sebagai tempat berkumpul sebelum menuju ke kampong Ulu Senaling. Peta ke Bukit Senaling melalui Kg Ulu Senaling Simpang masuk ke Bukit Senaling Nampak surau, teruskan perjalanan. Lokasi masuk parking kereta. Simbol Selamat Datang. Seperti juga Bukit Batu Sawa di Jelebu, Bukit Senaling mempunyai daya tarikan awan karpet di waktu pagi. Disebabkan hal ini, ramai yang suka mendaki pada waktu awal pagi dan bukannya pada waktu tengahari atau petang. Tiada kemudahan disediakan di sini tetapi penduduk di sini menjadikan rumah merek...