Muzium Felda, Felda Lurah Bilut, Raub, Pahang.


Pagar masuk halaman Muzium Felda yang kelihatan begitu lesu pada zaman PKP ini.


Felda adalah syarikat besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Felda Lurah Bilut mungkin kurang terkenal jika dibandingkan dengan nama-nama Felda terbesar yang lain seperti Felda Jengka atau Felda Orang Kaya LBJ. Tetapi ia adalah kawasan Felda yang terawal pernah diwujudkan di Malaysia.

Di Felda Lurah Bilut terdapatnya Muzium Felda.

Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti Tandas dan Surau. Kawasan Parking kenderaan kelihatan agak terhad tetapi mungkin anda boleh parking di pejabat felda yang terletak di sebelah muzium.

Apakah yang terdapat di Muzium Ini? Muzium ini terbahagi kepada empat bahagian atau seksyen. Ia menerangkan peringkat permulaan Felda Lurah Bilut ditubuhkan sehinggalah ianya mengorak langkah kemajuan hingga ke hari ini.

Jika anda berkelapangan, bolehlah singgah di Muzium ini yang menerangkan lebih banyak tentang sejarah Felda terutamanya Felda Lurah Bilut.

 

Waktu operasi Muzium Felda adalah setiap hari.
.


Pintu masuk muzium yang bersaiz sederhana ini.
.


Muzium ini dirasmikan pada tahun 2005 oleh Dato' Seri Najib sebagai TPM.
.


Seksyen 1 : Sepintas Lalu.
.


Seksyen 2 : Pentadbiran
.


Seksyen 3 : Pengembangan
.


Seksyen 4 : Mengorak langkah.
.


Senibina Muzium Tradisional.

 .


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang