Restoran Lemang To'Ki, Pekan Bentong, Pahang



Restoran yang sangat popular dan terkenal ini terletak di Bentong, Pahang iaitu tidak jauh dari pekan Bentong. Bagi orang Bentong atau yang sering melalui jalan ini, mereka sudah biasa singgah di sini.

Terletak di tepi jalan utama antara Bentong ke Raub, Restoran ini hanya terletak kira-kira 2 KM dari pekan Bentong. Bermaksud, anda akan jumpa restoran ini selepas pekan Bentong jika dari Kuala Lumpur.


Daya Tarikan.

Apakah yang menarik dengan Restoran Lemang To'Ki? Semestinya hidangan atau makanannya yang sangat menyelerakan. Selain Lemang dan Rendang, banyak jenis makanan yang terdapat di sini seperti nasik campur, masakan panas, masakan panggang, cendol, dan lain-lain. Ruang Restoran juga agak luas dan banyak meja. Anda boleh datang membawa keluarga dan sahabat yang ramai untuk menikmati hidangan di sini.

Satu lagi daya tarikan yang penting adalah harga yang amat berpatutan di restoran ini. Jika mahu tahu, lebih baik anda sendiri datang dan mencuba.

Jika dahulu, suasanan di Restoran ini lebih meriah ketika musim perayaan dan cuti sekolah kerana ramai pelanggan dan banyak pilihan makanan yang akan disediakan. Dari Lemang sehinggalah ke Ayam Panggang, semua boleh anda beli samada makan di kedai atau bungkus.


Makanan & Hidangan

Restoran Lemang To'Ki terdapat dua seksyen utama iaitu masakan panggang, makanan berlauk dan makanan pencuci mulut seperti Cendol dan ABC. Tetapi, kedua-dua seksyen ini juga bersambung dan anda boleh memilih untuk duduk di mana-mana pun.

-Lemang dan rendang semestinya hidangan yang penting di sini. Nak tahu rasa anda sendiri kena datang mencuba. Kalau ramai beratur panjang tu faham sajalah rasanya.

-Ayam bakar/panggang.

-Nasi Campur dan Ayam Penyet.

-Menyediakan makanan pencuci mulut tadi seperti Cendol, ABC dan Ais Kacang.

-Selain itu, terdapat juga jualan produk makanan kering di dalam bekas seperti kerepek, serunding dan lain-lain.

Mungkin pada masa akan datang, akan terdapat lagi menu-menu baru atau makanan baru yang mengikut keperluan semasa.


Kemudahan Lain

Restoran ini bukan sekadar Restoran, malah ia juga mempunyai kemudahan Tandas dan Surau yang luas. Bermaksud, anda juga boleh menjadikan lokasi ini sebagai persinggahan jika membuat perjalanan yang jauh berjam-jam. Contohnya jika anda dari Kuala Lumpur hendak ke Kelantan, bolehlah singgah di sini untuk makan dan lain-lain. Kawasan Parking kenderaan juga agak mencukupi jika keadaan tidak terlalu sesak.

Terdapat juga pameran barang-barang antik dan replika helikopter di Restoran ini jika anda mahu bergambar. Di pintu masuk, terdapat replika Robot yang mungkin disukai oleh kanak-kanak yang mahu bergambar.

Jika anda tidak pernah singgah di sini, bolehlah datang untuk mencuba makanan yang disediakan. Walaubagaimanapun, menu yang terdapat di restoran ini mungkin tidak semeriah sebelum zaman PKP/Covid melanda. Sebelum PKP, lebih banyak pilihan dan menu yang tersedia di sini berbanding sekarang. Ada juga pelanggan yang memberi gambaran bahawa beberapa tahun lalu, makanan di Restoran Lemang To'Ki lebih menarik berbanding baru-baru ini.

Mungkin jika terlalu ramai pelanggan, kawasan Parking agak terhad tetapi anda jangan risau. Masuk ke simpang tiga dan parking sahaja di Jambatan kerana di situ ada kawasan parking sementara yang boleh digunakan.


Maklumat Lain

-Sebelum zaman PKP/Covid, Restoran ini boleh dikatakan sentiasa ramai pengunjung. Boleh dikatakan ia sentiasa sesak dan sukar untuk mencari tempat. Tetapi apabila PKP melanda, ada juga yang mengambil peluang untuk berkunjung di sini kerana tidak begitu ramai orang.

-Restoran ini juga terletak tidak jauh dari Air Terjun Chamang yang boleh anda kunjungi jika berkelapangan.

-Terdapat Sungai yang terletak hanya di sebelah restoran ini tetapi bukanlah untuk mandi. Cumanya lebih menarik jika sungai tersebut dapat dilihat untuk keindahan pemandangan.

-Terletak dekat dengan pekan Bentong, tiada masalah untuk anda mencari segala kemudahan yang diinginkan.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.



.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3