Raub Daerah Durian Musang King, Pahang


Papan Tanda Lama Raub sebagai kawasan alam semulajadi.

.

Papan Tanda Baru Raub sebagai Medan Durian Musang King.


Jika dahulu, Raub merupakan salah satu daerah di Negeri Pahang yang terkenal dengan jolokan keindahan alam semulajadi seperti Hutan dan Air Terjun. Kini, Raub lebih terkenal dengan penanaman Durian terutama jenis Musang King.

Sejak lebih 10 tahun yang lalu, penanaman dan pengeluaran Durian Musang King telah meningkat dengan mendadak di Daerah Raub. Jika anda pernah melalui jalan Raub/Bentong ke Bukit Fraser, anda akan melihat banyak Ladang Durian di kawasan itu.

Jika anda sering malalui jalan raya antara Bentong - Raub atau berhampiran, akan terdapat banyak Restoran atau Medan Selera yang menjadikan Durian sebagai sajian utama. Fenomena ini sebenarnya tidak begitu ketara pada era 2010 atau 2000. Kini, Durian telah menjadi satu sajian yang mempunyai populariti yang lebih hebat dengan peminat yang tidak pernah putus.

Hanya sejak perlaksanaan PKP tahun 2020, populariti Medan Selera Durian sedikit terbantut. Banyak kedai-kedai tepi jalan yang terpaksa ditutup kerana kekurangan pelanggan akibat larangan merentas negeri. Tetapi itu tidak bermakna permintaan Durian jatuh teruk, cuma kaedah pemasaran diubah kepada penghantaran sahaja.

Tidak dinafikan bahawa daerah-daerah lain di Pahang juga telah mempunyai banyak dusun-dusun atau ladang-ladang Durian Musang King. Contohnya seperti Daerah Bentong, Temerloh dan Jerantut yang semakin meningkat penanamannya.

Negeri-negeri lain juga sedang meningkatkan penanaman Durian Musang King mereka dan tidak mustahil satu hari nanti, ada Daerah atau Negeri lain yang memegang gelaran Raja Ladang Musang King.



Tutup, Kedai Makan Durian Musang King.
.


Kedai makan Durian Musang King ada banyak di tepi jalan.

.

Mungkin selepas tamat PKP, Medan Makan Durian ini akan kembeli meriah? Maklumat lanjut akan menyusul nanti.


Comments

Post a Comment

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang