Pengkalan Gawi (Pintu Masuk Ke Tasik Kenyir), Kuala Berang, Terengganu.
Papan Tanda ke Pengkalan Gawi di sebelah kiri. Jalan ini adalah Jalan Timur-Barat Kedua. Gambar ini adalah gambar lama. |
Pengkawalan Gawi, Tasik Kenyir & Rumah Bot
Pengkalan Gawi merupakan lokasi utama untuk pelancong yang ingin menaiki bot atau rumah bot ke tasik kenyir. Pada tahun 2015 dan ke bawah, lokasi ini tidaklah begitu dibangunkan dan hanya terdapat beberapa kemudahan yang biasa. Namun sejak tahun 2016 dimana Industri Pelancongan menjadi lebih penting, lokasi ini semakin dibangunkan dengan lebih banyak kemudahan dan bangunan dibina.
Sebelum ini juga, pengunjung boleh menaiki rumah bot dari Empangan Jenagor (Empangan Janakuasa Sultan Mahmud) untuk memasuki Tasik Kenyir dan mungkin juga ada lokasi lain. Namun kini hampir semua pelancong perlu mengakses Tasik Kenyir dari pengkalan Gawi. Tidak dapat dipastikan adakah situasi ini akan berubah pada masa akan datang.
Dari sini, anda boleh menempah rumah bot selama beberapa hari untuk digunakan bagi pengembaraan ke Tasik Kenyir. Terdapat banyak jenis rumah bot, ada yang setingkat dan ada yang dua tingkat. Namun biasanya rumah bot jenis dua aras lebih popular kerana keperluan untuk membanyakkan lagi ruang dan meluaskan lagi pemandangan.
Disebabkan lokasi ini masih lagi dalam proses menaiktaraf, lawatan akan dilakukan pada masa akan datang. Maklumat lanjut akan menyusul nanti.
Kemudahan-Kemudahan yang terdapat di Pengkalan Gawi:
- Kemudahan Asas seperti Parking Kenderaan, Tandas, Surau, Pejabat dan lain-lain.
- Jeti & Rumah Bot
Aktiviti-Aktiviti Yang Boleh Dilakukan di sini :
- Bersiar-siar sambil bergambar.
- Menaiki Speedboat untuk bersiar-siar di kawasan tasik untuk jarak dekat.
Salah satu pemandangan indah di Pengkalan Gawi. Ini juga adalah gambar lama. |
Rumah-Rumah Bot yang terdapat di sini. |
.
Comments
Post a Comment