Kolam Memancing Tasik Damia, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan


Suasana yang aman dan tenang.

.

 

Lokasi Kolam Memancing Tasik Damia hanya di tepi jalan Kuala Klawang - Semenyih.

.


Terletak berdekatan dengan Kampung Sungai Muntoh, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi kolam memancing ini memang di tepi jalan Kuala Klawang - Semenyih dan tidak jauh dari pekan Titi.

Hanya ada sebuah kolam memancing utama di sini dan kolam memancing ini bersaiz sederhana. Suasana di sini masih tenang walaupun terletak bersebelahan jalan raya kerana jalan Kuala Klawang - Semenyih agak lengang.

Mungkin Kolam Memancing ini tidaklah begitu popular jika hendak dibandingkan dengan kolam-kolam lain tambahan pula lokasi kolam memancing ini agak jauh dari pekan dan sunyi.

Kemudahan asas yang ringkas ada terdapat di sini seperti Tempat Parking, Pondok Memancing, Lampu, Tandas & Surau. Terdapat Pondok Pejabat Pentadbiran & Stor untuk segala urusan dengan pelanggan selain menjadi lokasi rehat.

Kemudahan tambahan yang terdapat di sini adalah pentas karaoke atau persembahan yang disediakan tidak jauh dari pejabat. Dikatakan sebelum PKP dahulu, lokasi ini turut menjadi Kedai Makan pada waktu malam dengan kemudahan Karaoke turut disediakan.

Hasil tinjauan sebelum ini (September 2021) mendapati Kolam Memancing ini masih ditutup walaupun PKP 3.0 sudah beralih ke Fasa 4 di Negeri Sembilan. Memang kolam ini sudah ditutup sekian lama sebelum ini akibat perlaksanaan PKP. Tidak dapat dipastikan bilakah kolam ini akan dibuka.

Lokasi memancing ini bukanlah begitu popular tetapi lokasinya agak menarik kerana berada agak jauh dari bandar dan di tepi jalan yang sunyi. Suasana di sini begitu tenang dan aman terutamanya pada waktu awal pagi dan malam.

Tidak banyak maklumat khusus yang dapat diceritakan berkenaan dengan Kolam Memancing ini kerana ia masih ditutup dan tidak ada laman web khusus yang menceritakan tentang kolam ini. Kolam memancing ini juga tidak didaftarkan di dalam Google Maps setakat ini. Lawatan lanjut akan dilakukan pada masa akan datang.

 

Pejabat & Stor yang turut menjadi Kedai Makan sebelum ini.
.


Pentas Karaoke juga turut tersedia.
.


.


Hanya ada sebuah kolam memancing bersaiz sederhana yang tersedia.
.


.



.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang