Empangan Ulu Sepri, Kampung Empang Batu, Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan.


Terletak di hujung Kampung Empang Batu di Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Empangan ini tidak boleh diakses oleh orang awam dan ditutup laluannya. Anda tidak akan dapat lihat empangan ini dari bawah kerana ianya terletak di atas bukit seperti kebanyakan empangan yang lain.

Empangan Ulu Sepri boleh dianggap empangan yang agak kecil dan takungan airnya hanya menghasilkan tasik kecil yang boleh dianggap sebagai kolam sahaja. Kapasiti maksimum airnya adalah sekitar 339000 meter padu (m3) tetapi Empangan ini tidak dibina sebagai penahan banjir.

Tasik atau kolam yang wujud dari empangan biasanya menjadi lokasi yang menarik untuk kaki pancing termasuklah di empangan ini. Jika dahulu, kebenaran untuk memancing di empangan masih dibenarkan namun sekarang ia tidak lagi dibenarkan kerana semakin ramai yang mohon. Dikhuatiri, aktiviti memancing yang kerap akan mengotorkan kawasan dan air di empangan.

Sungai Batu Hampar adalah nama sungai yang megalir dari empangan ini yang juga turut mengalir melalui Kem Bina Negara Ulu Sepri (sekarang dikenali dengan nama Kem Wawasan). Sila lihat Galeri-Galeri di bawah:

 

Jalan & Laluan Masuk.

.
 

.


 .

 

Kem Bina (atau Wawasan) Negara Yang Terletak Di Sebelah.

 

.

 

.


.


.

 

 

Empangan Ulu Sepri Dari Udara.

 

.

 

.


.



.

 


.

 

 

Lembah perkampungan mukim Ulu Sepri, Rembau jika dilihat dari empangan.


.

 


.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3