Lokomotif Lama Tampin, Negeri Sembilan

Bekas Lokomotif kelas 23 ini terletak berdekatan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Dahulu, ia adalah milik Keretapi Tanah Melayu dan telah berjasa sebelum sampai usia persaraannya. Ianya berdiri megah di satu lokasi tepi jalan berdekatan Stadium, walaupun kita tidak mengetahui apakah sebabnya ia diletakkan di situ.

Apakah sebab ia tidak diletakkan berdekatan Stesen Keretapi Bersejarah Tampin, itu saya sendiri pun tidak tahu. 

Untuk makluman anda, Lokomotif ini telah lenyap pada awal 2023 yang lalu kerana dibawa lari ke Gemas. Ia telah diletakkan kesunyian di Stesen Keretapi Lama Gemas dan bersemadi di sana tanpa sebab yang munasabah.

.

Lokomotif (Tampin) kelas 23 dengan nama Limau Kasturi berdiri megah di sini.

.


.


Ramai yang datang ke sini untuk bergambar dengan Loko ini walaupun mereka tidak tahu apakah sebenarnya ia.

.


Tidak ada secebis papan tanda penerangan pun yang diletakkan di sini.

.


Limau Kasturi adalah nama pekan kecil di daerah Gua Musang, Kelantan.

.


.

 

Bahagian Dalam Lokomotif.

Lokomotif ini bukan sahaja luaran, malah dalamannya boleh dilawati jika anda mahu. Masih terdapat bahagian dalamnya yang kekal kelihatan untuk ditatapi generasi baru.

Roda-roda lokomotif yang masih ada lagi dan dicat semula.

.


Bahagian enjin tetapi enjin utama sudah dicabut keluar.

.


Dulu, di sinilah dipasang enjin besar yang sangatlah bising.

.


Panel pemandu ini masih kelihatan jelas lagi peralatannya.

.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang