Rantau Agro Park, Rantau, Negeri Sembilan.

 

Taman Agro Rantau terletak di tepi jalan Rantau - Sungai Gadut/Senawang. Jarak dari pekan Rantau adalah kira-kira 5 KM. Teman Agro ini terletak bersebelahan sahaja dengan Sungai Simin yang puncanya adalah dari Sungai Gadut dan Senawang lalu airnya mengalir ke pekan Rantau.


Kewujudan laluan sungai di sini mencantikkan lagi suasana di Taman Agro ini. Kedudukannya hampir dikelilingi oleh sungai, hutan dan ladang kelapa sawit.
Hasil lawatan pada September 2021 yang lalu mendapati lokasi ini telah ditutup dan kelihatan sudah lama tidak digunakan. Mungkin sudah ditutup sejak sekian lama iaitu bermula dari PKP 1 sehinggalah sekarang. Tinjauan dari udara kelihatan banyak bangunan yang sudah usang dan rosak. Kelihatan kawanan Lembu yang sedang meragut rumput dan berehat di kawasan padang.


Tidak banyak maklumat yang diketahui berkenaan dengan Taman Agro ini. Berdasarkan maklumat umum, Rantau Agro Park merupakan lokasi untuk mengadakan program-program latihan seperti Kursus, Kem Motivasi, Team Building, Seminar, Perkhemahan dan lain-lain. Kebanyakan peserta adalah dari pelajar-pelajar sekolah, kolej dan institut pengajian tinggi.


Kemudahan-kemudahan yang bersesuaian tersedia di Taman Agro ini seperti Dewan, Dataran, Padang, Bilik Penginapan, Surau, Tandas, Dewan Makan dan sebagainya. Walaupun digelar Taman Agro Rantau, tidak kelihatan sebarang bentuk ladang, tanaman, penternakan di taman ini. Mungkin juga tanaman atau ladang agronya terletak di lokasi lain.

 

 

.


.


.


.


.


.


.


.


.


.



 .

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang