Kolam Ikan Alang Salleh, Rantau, Daerah Seremban, Negeri Sembilan.


Suasana santai di Kolam Ikan Alang Saleh.


Kolam Ikan tradisional Alang Saleh terletak di Kampung Ulu Lalang, Jalan Sungai Gadut - Rantau, iaitu tidak jauh dari pekan Rantau, Negeri Sembilan. Lokasi kolam ini terletak di tepi jalan utama sahaja dan agak mudah untuk diakses.

Namun begitu, sejak PKP dilaksanakan pada Mac 2020, pengoperasian di kolam ikan ini sangat terganggu dan acara-acara besar sudah tidak diadakan. Tidak dapat dipastikan adakah kolam ini masih dibuka kepada orang ramai pada tahun 2021.

Terkenal dengan harga yang murah, hanya RM10 dikenakan untuk pengunjung memancing di kolam ini. Cas murah ini menyebabkan ramai yang datang ke sini kerana Bajet senang dirancang dan tiada risiko kalau tak dapat ikan.

Pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 2019 dan ke bawah, Kolam Ikan ini begitu meriah sehingga sesak sampai tidak cukup Parking Kenderaan. Keadaan ini berlaku apabila acara-acara besar seperti pertandingan diadakan.

Lawatan pada Julai 2021 yang lalu mendapati kawasan memancing ini agak sunyi sepi dan semakin usang kerana terpaksa ditutup sejak sekian lama. Sila lihat galeri dan penerangan di bawah.


Kelihatan Banner Acara yang diadakan pada tahun 2019.
.


Simpang masuk ke kawasan kolam hanya terletak di tepi jalan utama Sg Gadut - Rantau.
.

 

Suasana & Kemudahan Di Kawasan Kolam Memancing. 

Keadaan di sekitar kolam memancing ini memang santai dan tenang walaupun kedengaran bunyi bising jalan raya berdekatan. Kepanasan matahari adalah biasa kepada kaki pancing tetapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa memberikan sedikit kenyamanan.

Kemudahan asas memang tersedia di sini seperti Tandas, Pondok Rehat, Surau, Pejabat dan Kedai. Walaupun kemudahan bukanlah berstatus bintang tetapi sedikit sebanyak agak memuaskan kerana cas harga yang murah dikenakan. 

Tetapi dari segi kebersihan mungkin kurang memuaskan kerana terdapat banyak sampah bertaburan. 

Lawatan pada Julai 2021 yang lalu mendapati terdapat banyak kemudahan yang semakin usang dan rosak kerana sudah lama tidak beroperasi. Jika PKP tamat nanti, banyak juga peralatan & kemudahan yang perlu dibaikpulih.


.


Pejabat dan Kaunter.
.


.


Pondok-Pondok Rehat
.


.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3