Kampung Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

 


Sebuah perkampungan kecil yang terletak di laluan Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. Berada dalam Daerah Bentong dan tidak jauh dari Genting Sempah. Kebiasaannya, orang ramai hanya akan melalui laluan ini dengan kenderaan mereka. Kalau bukan mendaki bukit (dari Bentong), anda akan menuruni bukit (jika dari Kuala Lumpur). Jarang sekali untuk singgah ke sini. Cuma akan kelihatan adalah keindahan pemandangan Kampung Bukit Tinggi dan Perumahan Selesa Hillhomes.


Terdapat dua perkampungan di sebelah kanan dan kiri jalan yang anda boleh akses dari kedua-dua arah Lebuhraya. Persimpangan Bukit Tinggi merupakan simpang untuk akses ke sini dan boleh juga untuk melakukan Pusingan-U.


.


.




Apakah yang terdapat di sekitar Kampung Bukit Tinggi?

- Kawasan Perumahan (selain daripada Selesa Hillhomes & Golf Club) & Perkampungan kecil.

- Sekolah Kebangsaan.

- Stesen Minyak BHP

- Pusat Pertanian & Penanaman (Kebun).

- Balai Polis.

- Kedai Makan Best. Banyak kedai masakan cina di sini. Selain itu, kedai Tom Yam pun ada.

- Kedai Menjual dan Makan-Makan Durian.

- Air Terjun Tanglir

- Sungai Tanglir

- Pusat Akuakultur Bukit Tinggi

- Selesa Hillhomes & Golf Club


Untuk makluman, Berjaya Bukit Tinggi Resort bukan terletak di sini tetapi tidak jauh dari sini iaitu sekitar 30 KM. Anda perlu terus kehadapan (jika dari Kuala Lumpur) untuk sampai ke simpang Berjaya Bukit Tinggi yang juga merupakan lokasi pelancongan yang menarik.

Kampung Janda Baik (Perlancongan Sungai/Hutan) juga terletak berdekatan dengan lokasi ini. Anda juga boleh terus ke Kampung Janda Baik tanpa perlu melalui Genting Sempah dengan hanya melalui jalan lama sahaja.

 

.


.
 
.


.


.


.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang