Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang
Restoran Tanah Aina Fareena merupakan sebuah restoran kategori premium yang lain dari yang lain. Mengapa?
-Terletak di tepi lebuhraya Karak-Kuala Lumpur dimana akses ke restoran ini hanya melalui lebuhraya Karak-KL sahaja. Ianya bukanlah terletak di Kawasan R&R atau Hentian Sebelah, tetapi terletak di tepi Lebuhraya tidak jauh dari Kampung Lentang. Tidak banyak restoran yang berstatus seperti ini.
-Boleh diakses melalui kedua-dua arah Lebuhraya. Secara teknikalnya boleh, tetapi kerana tidak ada susur jalan masuk jika dari arah Bentong, anda terpaksa membuat pusingan-U di Hentian Sebelah Lentang. Jika anda menaiki motosikal, mungkin tiada masalah untuk berhenti di tepi jalan (arah ke Kuala Lumpur).
Bagaimana Untuk Ke Sini.
Jika anda dari Kuala Lumpur/Bukit Tinggi/Genting Sempah, anda perlu memasuki satu simpang untuk ke restoran ini. Simpang tersebut terletak di kiri jalan kira-kira beberapa Kilometer setelah anda melepasi Hentian Sebelah Lentang.
Kawasan Parking di Restoran ini sangat luas dan terletak di kawasan kebun tanaman.
Selepas meletakkan kenderaan, jangan panik. Anda perlu melalui Jambatan di Bawah Jambatan untuk ke Restoran ini. Terdapat laluan Jambatan Berbumbung yang anda perlu lalui untuk merentasi Lebuhraya. Sebuah sungai kecil hanya terletak bersebelahan dengan laluan ini.
.
.
.
.
Menu Makanan
-Makanan Barat
-Makanan Melayu & Tom Yam
Menu Minuman
-Minuman ala Barat
-Minuman Tempatan
-Minumab Buah Buahan & Jus
Harga Makanan
Mungkin harga makanan dan minuman di restoran ini sedikit tinggi. Tetapi ini adalah restoran kategori premium yang menawarkan sajian, suasana, lokasi dan servis menarik. Tidak semua makanan di sini mahal kerana anda masih boleh memilih jenis hidangan mengikut kemampuan anda. Namun tiada masalah jika anda mahu mencuba sekali sekala sesuatu yang mahal.
.
.
.
.
.
.
Suasana
- Terletak di kawasan aliran sungai kecil. Kawasan restoran ini sebenarnya berada di atas aliran Sungai kecil dari bukit berdekatan. Sungai yang mengalir dari bukit tersebut akan berpusing melalui kawasan Restoran dan seterusnya menghala ke Jambatan lalu bersambung ke Sungai Benus.
-Restoran ini juga terletak di kawasan hutan berbukit dimana anda akan dapat menghirup udara segar dan nyaman. Suasana seperti berada di kampung dan dusun kian terasa. Suhu di sini juga agak dingin kerana dikelilingi oleh hutan terutamanya pada waktu malam.
- Restoran ini sangat luas dan ianya ada dua aras. Terdapat kawasan kecil di aras atas (terletaknya juga surau). Oleh itu, banyak pilihan lokasi jamuan boleh diadakan.
- Ada banyak jenis meja makan disediakan. Terdapat kawasan buffet, dewan makan, pentas, kawasan peribadi, kawasan terbuka dan sebagainya. Ini semua akan mengikut citarasa anda.
- Jika mahu membuat hidangan BBQ, terdapat kawasan luar yang luas terletak di kebun. Memang sesuai untuk memasak BBQ di lokasi kebun dan hutan berbukit ini.
- Ada kebun/dusun terletak bersebelahan dengan restoran di kawasan bukit. Tidak jauh dari kebun juga terdapat sungai kecil seperti air terjun semulajadi yang boleh anda lawati.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kemudahan
- Tandas ada lebih daripada dua di Restoran ini. Kebersihan dan suasana tandas sangat baik. Tandas juga berada dalam kategori premium.
- Surau yang agak besar dan cantik. Surau di restoran ini agak berlainan kerana agak luas dan menarik selain dapat menampung ramai jemaah.
- Ruang dan Dewan Makan yang besar dan berbagai bentuk membolehkan aktiviti tambahan dilakukan sambil makan-makan. Mungkin terdapat juga kemudahan pentas dan kawasan persembahan.
- Kemudahan seperti Penginapan tidak dapat dipastikan. Mungkin tidak disediakan.
.
Maklumat Lain.
Sebenarnya, restoran ini terletak berdekatan dengan Kolam Air Panas Bentong iaitu sekitar 200 meter sahaja. Tetapi tiada laluan untuk ke sini kerana Jambatan merentasi sungai telah roboh.
Sekiranya ada Jambaran dan laluan merentasi Sungai Benus, maka akan ada satu lagi lokasi untuk mengakses Restoran ini.
Disebabkan lokasi restoran ini yang mungkin terasing, terdapat sebuah asrama mini pekerja di sini. Ini bertujuan untuk penginapan staff yang bekerja di sini.
Aktiviti Lain & Tambahan.
- Mandi air sungai. Walaupun kecil, anda masih boleh untuk menikmati kesegaran air sungai dari bukit berdekatan yang masih bersih.
- Mendaki ke bukit berdekatan. Terdapat laluan trek untuk mendaki bukit berdekatan sebagai sebuah aktiviti tambahan di sini.
- Aktiviti motivasi berkumpulan jangka pendek. Disebabkan Restoran ini besar dan luas, maka terdapat banyak ruang untuk melaksanakan aktiviti motivasi atau kursus jangka pendek.
.
.
.
Ada kemudahan utk OKU ke ..laluan kerusi roda
ReplyDeleteAda bang.. siap sedia kerusi roda lagi
Delete