Institut Pemulihan Dadah, Jalan Kuala Klawang - Semenyih, Jelebu, Negeri Sembilan


.

Terletak di sebuah lokasi yang agak terpencil di Kampung Kongkoi, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Institut Pemulihan Dadah ini hanya terletak di tepi jalan antara Kuala Klawang - Titi - (Kampung Kongkoi) - Semenyih. Ianya adalah di bawah seliaan Jabatan Penjara Malaysia dan Institut ini juga berfungsi seperti Penjara.

Mungkin anda beranggapan tiada apa yang terdapat di sini tetapi sebenarnya jika berkelapangan, anda boleh singgah di sini kerana terdapat beberapa daya tarikan menarik iaitu:

- Surau (boleh diakses melalui jalan luar)

- Kedai Runcit (bersebelahan dengan Surau)

- Kedai Makan (berdekatan dengan pintu masuk utama)

- Pusat Cuci Kereta

- Galeri Seni Kreatif

- Kedai Gunting Rambut 

Kawasan institut ini juga agak luas dan besar, malah terdapat kolam dan tasik kecil untuk penternakan ikan. Boleh dikatakan juga institut ini seperti Taman Agro dimana terdapat kawasan pertanian dan penternakan di sekitarnya.

Kemudahan lengkap yang terdapat di sini membolehkan Banduan yang menuntut di sini dapat mempelajari lebih banyak ilmu dan menimba pengalaman berharga di Penjara.


Bukan sekadar Penjara atau Institut Pemulihan, malah ada banyak kemudahan di sini.
.

 

Pintu masuk sini terdapat kedai makan di dalamnya.

 .

 

 

Galeri Seni Kreatif, Kedai Gunting Rambut & Lain-Lain.

Galeri ini ada menjual hasil kraftangan banduan-banduan yang menuntut di Penjara ini. Bolehlah dijadikan sebagai cenderahati atau barang perhiasan di rumah anda. Selain itu, terdapat Kedai Gunting Rambut yang menawarkan perkhidmatan pada harga yang murah.

Tetapi anda harus pastikan waktu yang sesuai untuk datang ke sini kerana kebanyakan kemudahan ini hanya dibuka pada waktu pejabat sahaja. Mungkin Kedai Makan yang terletak berdekatan dengan pintu masuk dibuka lebih lama. Surau juga dibuka pada kebanyakan waktu sembahyang dan anda boleh akses melalui jalan luar.

 

.

 

.


.


.


.
 

 

.


.


.


.

 

Kedai Gunting Rambut juga ada sini.

 .

 

Terdapat Tasik kecil dan kolam ternakan ikan berdekatan.

.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang