Jambatan Putra Atau Tanjung Lumpur, Bandar Kuantan, Pahang

 

Jambatan Putra yang dilihat dari Menara Kuantan 188
 

Jika dahulu dari Bandar, kalau nak ke Kampung Tanjung Lumpur untuk menikmati kesedapan makanan laut di sana mengambil sedikit masa kerana perlu melalui Jambatan Lama yang agak jauh. Nak patah balik ke bandar juga agak jauh kerana dipisahkan oleh sungai. Kini tidak lagi kerana ada jambatan baru siap dibina.

Jambatan ini dibina pada 15 Ogos 2016 dan siap sepenuhnya pada 25 September 2020. Bertujuan untuk menyambungkan Tanjung Lumpur dengan Bandar Kuantan yang sebenarnya hanya terletak 'bersebelahan' sahaja dan cuma dipisahkan oleh Sungai Kuantan.

Jambatan ini sepanjang 450 meter yang dibina sedikit melengkok bagi membolehkan orang ramai yang melaluinya melihat keseluruhan struktur keindahan jambatan. Pembinaan jambatan ini telah merancakkan lagi pembangunan Kampung Tanjung Lumpur dan lebih banyak pembangunan telah berlaku di sana.

 

Di bawah ini saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan jambatan ini. Maklumat ini diperolehi dari Galeri Mini di Menara Kuantan 188.

 

.


.


.
 

 

 

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang