Bukit Bendera Atau Penang Hill, Penang



Bukit Bendera atau Penang Hill merupakan lokasi bersejarah yang telah dibina kemudahannya sejak zaman penjajahan British lagi. Terletak lebih 800 meter dari paras laut, suhu di atas bukit ini sedikit dingin ditambah dengan keindahan alam semulajadinya. Telah mengalami banyak perubahan sejak dahulu lagi, Bukit Bendera adalah lokasi wajib singgah jika anda datang ke Pulau Pinang.

Bayaran masuk sebanyak RM10 akan dikenakan kepada orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Namun, ketika PKP ini Bukit Bendera mungkin ditutup untuk sementara waktu.

Ada banyak daya tarikan di atas bukit ini seperti penginapan mewah, makanan yang sedap, pemandangan indah, keindahan lanskap dan sebagainya. 

Bukit Bendera juga boleh didaki melalui laluan denai hutan kepada sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak.

 

Pemandangan indah bandar Georgetown dari atas bukit.
.


Model asal Tren pengangkut lama yang dipamerkan di sini.
.

 

Suasana di dataran atas Bukit Bendara atau Penang Hill.

.

Walaupun terdapat Galeri pameran di bawah, tetapi anda mestilah menaiki Tren untuk mendaki bukit ini kerana tidak berbaloi jika melawat di bawah sahaja.

 

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Atas Bukit.

-Bergambar sambil menikmati pemandangan panorama yang indah berlatarkan bandar Georgetown.

-Bersiar-siar melawat bangunan-bangunan menarik seperti Masjid, Kuil, Dataran, Taman Bunga, Banglow, Hotel dan sebagainya.

-Menikmati makanan sedap di Restoran & Food Court.

-Melawat Muzium Burung Hantu & Monument.

-Melawat & Membaca di Galeri Maklumat yang disediakan.

-Melepak & bersantai minda.

-Menginap di Hotel atas bukit ini jika anda berkemampuan.

-Aktiviti lasak seperi mendaki & berkhelah jika anda meminatinya. Tidak pasti boleh dilaksanakan atau tidak ketika PKP ini.


.


Masjid dan Kuil ada di atas ini.
.


Menaiki Buggy untuk lawatan ke kawasan sekitar jika anda penat berjalan.
.


.


.


Muzium Burung Hantu yang perlu dilawati di sini.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang