Titik Tengah Semenanjung (T3S), Jalan Lama Lanchang - Temerloh, Pahang.

.


Lokasi yang baru dinaiktaraf ini terletak di tepi jalan lama antara Lanchang ke Temerloh, Pahang. Walaupun ditutup sepenuhnya ketika PKP dilaksanakan, namun diharap akan dibuka dan boleh dilawati pada masa akan datang. Baru sahaja dinaiktaraf pada tahun 2019/20 yang lalu, Taman Mini ini terpaksa ditutup akibat PKP 1 hinggalah ke PKP 3. Ini menyebabkan daya tarikan baru ini menjadi suram.

Dikenali juga dengan nama T3S, Titik Tengah Semenanjung dibina sebagai kayu ukuran penting dalam urusan pemetaan. Lokasi ini juga merupakan sebuah Kawasan Rekriasi kecil yang terdapat daya tarikan seperti berikut:
-Monumen (Tiang) Titik Tengah Semenanjung oleh JUPEM.
-Tasik Mini
-Taman Permainan Kanak-Kanak
-Lanskap yang indah untuk bergambar
-Galeri Maklumat dan Informasi.
-Kemudahan Asas untuk pengunjung.


Kemudahan Asas yang lengkap terdapat di sini seperti Tempat Parking, Pejabat, Pondok Rehat, Tandas, Surau dan lain-lain.


Bayaran masuk turut dikenakan kepada pengunjung. Tidak dapat dipastikan adakah Mini Zoo masih beroperasi di lokasi ini kerana sejak PKP dilaksanakan, banyak kawasan telah ditutup. Tidak ada kemudahan Kedai Makan atau Restoran disekitar sini dan anda perlu memandu ke lokasi berdekatan untuk makan-makan.



Daya tarikan utama di sini adalah Monument Titik Tengah yang diterbitkan oleh JUPEM atau Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia. Di monumen ini terdapat jarak lokasi bandar-bandar terdekat selain maklumat penerangan tentang sejarah pembinaan Monumen. Dikatakan Monumen ini telah dibina sejak tahun 2013 tetapi lokasi ini hanya dipopularkan sejak tahun 2019. Titik Tengah Semenanjung menjadi satu titik kawalan ukur untuk Semenanjung Malaysia.

Jika anda berkunjung ke sini, selain daripada beristirehat dan bersantai, aktiviti bergambar sesuai dilakukan kerana ada banyak lanskap yang indah dan cantik di sekeliling. Mungkin kelemahan lokasi ini adalah tidak begitu banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika anda mempunyai minat atau hobi yang berbeza. Berkunjung ke sini selalu mengkin akan menyebabkan anda bosan namun apa salahnya jika singgah sebentar jika anda masih belum berkunjung.

 

.


 .

 

 

 .

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang