Jeram Tebrau, Kampung Ulu Pelegong, Labu, Negeri Sembilan.


Air Terjun kecil di Jeram Tebrau.


Merupakan sebuah Sungai dan Jeram kecil yang terletak di mukim Labu, Negeri Sembilan. Laluan masuk ke Jeram ini berdekatan dengan sebuah perkampungan iaitu Kampung Ulu Pelegong yang terkenal dengan Homestay Kampung Pelegong. Anda akan merentasi Lebuhraya Utara Selatan untuk ke sini dengan melalui satu terowong kecil.

Sebelumnya, jeram Tebrau hanyalah sebuah sungai & jeram/kolam kecil untuk mandi manda oleh orang kampung berdekatan. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri membangunkan beberapa kemudahan di jeram ini untuk dibuka kepada orang ramai.

Selepas dibuka mulai tahun 2010 hingga 2016, jeram ini telah mengalami kerosakan teruk. Kini, suasana di kawasan rekriasi kecil ini dilitupi semak samun. Keadaan ini ditambah lagi dengan perlaksanaan PKP yang menyebabkan kawasan ini terus terbiar.

 

Pintu masuk ke Kawasan Rekriasi kecil ini sudah semak dan tidak kelihatan.


.

Papan tanda Selamat Datang Ke Jeram Tebrau sudah dilitupi semak samun.

.

 

Keadaan di Kawasan Rekriasi Jeram Tebrau. 

Kemudahan Asas yang terdapat di sini adalah seperti berikut: 

-Tandas, beberapa Pondok Rehat, Kedai Mini, Surau, Kolam Mandi, Jambatan 1, Jambatan 2 dan Laluan Trek untuk mendaki bukit.

Kebanyakan kemudahan ini masih berfungsi dengan baik pada tahun 2010 hingga 2015. Bermula pada tahun 2016, lokasi ini mula dikenali ramai. Keadaan ini menyebabkan ramai pengunjung datang ke sini tanpa kawalan dan mengotorkan kawasan ini. Tambahan pula, Jeram Tebrau tidak dikawal oleh sesiapa maka menjadi tanggungjawab pengunjung untuk menjaganya.

Salah satu faktor kerosakan di sini adalah kerana sikap pengunjung dan amalan kebersihan yang teruk pada tahun 2017 dan ke atas. Ramai orang yang datang ke sini untuk membuang sampah dan melakukan aktiviti terlarang.

Perlaksanaan PKP sejak Mac 2020 menyebabkan kawasan ini sangat kurang dikunjungi oleh orang ramai. Keadaan ini membolehkan kawasan ini tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah tetapi semak samun akan menutupi lokasi ini. Mungkin lebih baik ia menjadi semak samun daripada dikotori oleh pengunjung yang buruk perangainya seperti Beruk.


Kemudahan Tandas yang sudah jahanam.
.


Pondok Rehat dan Jambatan yang semakin usang.
.


Jambatan merentasi sungai ini sudah lama jahanam.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang