Bolehkah Laluan Rel KTMB Seremban Ke Port Dickson Dibaikpulih?

Bolehkah Laluan Rel KTMB Seremban Ke Port Dickson Dibaikpulih?

Kenyataan Menteri pengangkutan (Nov 2019) untuk membuat kajian kos membaikpulih laluan KTMB Seremban Port Dickson adalah sesuatu yang menarik. Malah, pada tahun 2016, bekas MB Negeri Sembilan pernah menyatakan adalah bagus sekiranya laluan ini dapat dibaikpulih semula untuk tujuan pelancongan. 

Laluan KTMB Seremban ke Port Dickson adalah antara laluan terawal yang dibina oleh British pada era 1891. Kira2 beberapa tahun selepas laluan Taiping - Port Weld dibina pada 1885.

Tidak ada apa yang mustahil untuk dilakukan. Tetapi untuk membaikpulih laluan rel keretapi lama dari Seremban ke Port Dickson kelihatan agak leceh. Sila lihat galeri2 di bawah:

Salah satu lencongan rel keretapi di Kampung Rasah.


Laluan rel ini hanya menjadi kawasan semak samun walaupun masih kelihatan ruang kosongnya.


Laluan rel keretapi berdekatan dengan Masjid Rasah dan jambatan lingkaran tengah seperi sudah lenyap.


Terdapat laluan rel yang menjadi jalan masuk ke kawasan rumah penduduk kampung.


Lokasi laluan rel ini terletak di bawah jambatan yang merupakan Lebuhraya Plus.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3