Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan


Pandangan Masjid Sri Sendayan dari udara


Masjid Sri Sendayan terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan telah dirasmikan pada 20 September 2019. Ia mula dibina pada tahun 2015. 

Masjid yang cantik ini juga diberi nama gelaran Masjid Nabawi, Masjid Uthmaniah dan Taj Mahal oleh orang ramai serta pengunjung.

Masjid ini mampu memuatkan kira-kira 5000 jemaah pada satu-satu masa. Terdapat tiga dewan solat iaitu Dewan Solat Utama (3000 jemaah), Dewan Solat Kedua (1000 jemaah) dan Dewan Solat Perempuan (1000 jemaah).

Turut dilengkapi di masjid ini adalah Bilik Kuliah, Dewan Serbaguna, Perpustakaan, Bilik Jenazah, Pejabat Pentadbiran, Dewan Makan dan Rumah Kediaman Petugas Masjid.

Binaan masjid ini merangkumi tiga kubah kecil, sebuah kubah utama dan dua menara tinggi yang terletak di hadapan masjid.

Gabungan senibina masjid ini merangkumi elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Morocco dan China.

Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Rashid Hussain yang merupakan pengurusi kumpulan perbankan RHB. Dibina dengan kos sekitar RM100 juta.

.

 

.


.

 

.


.

 

.


.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang