Jelita Ostrich Farms & Jabatan Perkhidmatan Vaterinar, Mukim Pantai, Jalan Pantai/Jelebu, Seremban, Negeri Sembilan.

Papan Tanda Jabatan Pekhidmatan Vaterinar di tepi jalan utama di Kampung Pantai.


Terletak di tepi jalan antara Paroi ke Kampung Pantai, Daerah Seremban. Lokasi simpang tidak jauh dari pintu masuk Loji & Empangan Sungai Terip. Mungkin anda perasan kewujudan Papan Tanda dan simpang ini.


Terdapat beberapa daya tarikan di sini iaitu:
Restoran D'Pantai, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar & Jelita Ostrich Farm.

Restoran D'Pantai

Restoran yang bersaiz sederhana ini menawarkan pelanggan banyak jenis pilihan makanan dengan suasana perkampungan yang menarik. Iainya hanya terletak di simpang masuk ke Jabatan Vaterinar di sebelah kiri jalan sahaja. Terdapat kawasan parking yang luas di sebelah kanan yang juga ada kemudahan surau di situ.

Salah satu daya tarikan menarik di kawasan Vaterinar ini adalah Ladang Burung Unta yang dikenali dengan nama Jelita Ostrich Farms. Selain Burung Unta, terdapat juga binatang peliharaan lain seperti Angsa dan Kambing. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Jelita Ostrich Farm adalah:
-Boleh menunggang Burung Unta yang merupakan spesis burung terbesar di dunia walaupun tidak boleh terbang.
-Melihat Burung Unta berlatih. Terdapat kawasan khas bagaimana burung ini dilatih dan membuat pertunjukan.
-Mengenali spesis burung Unta dengan lebih dekat. Disebabkan saiznya yang besar, telur burung ini juga agak besar dan sangat keras. Selain itu, Burung Unta juga makan banyak disebabkan ia adalah burung gergasi.
-Terdapat juga beberapa spesis haiwan lain seperti Kambing dan Ayam yang terdapat di sini sebagai pameran tambahan.

 

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sila lihat Galeri-Galeri di bawah: 

Iklan baru Jelita Ostrich Farm di tepi jalan juga.

.

 

Restoran D'Pantai juga terletak di lokasi ini dengan banyak kemudahan.

.

 

Papan Tanda lama yang sudah usang dan masih dikekalkan.

.



Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Negeri Sembilan.
Jabatan ini menawarkan perkhidmatan seperti pengetahuan dalam penternakan haiwan, hal ehwal haiwan peliharaan dan pakar doktor haiwan. Jabatan Perkidmatan Vaterinar sebenarnya adalah Jabatan yang sudah lama ditubuhkan sejak dahulu lagi iaitu tahun 1988. Sektor penternakan haiwan adalah sangat penting sebagai sumber makanan utama negara. Jabatan ini mempunyai cawangan hampir di semua Daerah dan Negeri seluruh Malaysia.

Mungkin bagi anda yang bukan arif dalam bidang ini akan tertanya-tanya apakah fungsi dan tugas Jabatan Vaterinar ini. Antara fungsi-fungsi Jabatan ini adalah (seperti dalam Laman Web mereka):

-Mengawal, mencegah dan menghapuskan penyakit haiwan dan zoonotik.
-Pemeriksaan telur, susu, makanan haiwan, rumah sembelih dan loji pemprosesan hasilan haiwan.
-Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan haiwan.
-Pengawalan import dan export ternakan dan hasil haiwan. Perkhidmatan kuarantin.
-Latihan bagi industri ternakan dan haiwan peliharaan.
-Penyelidikan penyakit haiwan dan sumber genetik haiwan.
-Pengembangan pengeluaran ternakan dan kesihatan haiwan serta kesihatan Vaterinar.
-Mengawal kebajikan haiwan dan pemuliharaan bahan genetik haiwan.

 

Pemandangan Jabatan Vaterinar dari udara.

.

 

Pejabat Perkhidmatan Vaterinar Seremban.

.

 

Kawasan Perkhidmatan Vaterinar ini memang luas. Ladang Burung Unta ada di hujung sana.
.



Jelita Ostrich Farm

.


.


.


.


.


.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang