Stesen Keretapi Port Dickson di Negeri Sembilan, Masih Wujud?
Malaysia telah mempunyai keretapi zaman moden terutamanya di
sekitar lembah Klang dan sektor utara. KTM Komuter, KTM Intercity, MRT, LRT dan
Monorail lebih dikenali berbanding keretapi lama yang kurang digunakan kecuali
di Pantai Timur dan Selatan tanah air. Benar, hanya Pantai Timur dan Johor
sahaja yang masih menggunakan keretapi lama. Keretapi lama yang dimaksudkan
adalah menggunakan enjin lokomotif diesel dan bukannya elektrik. Laluan Gemas
ke Tumpat dan Gemas ke Johor Bahru masih lagi belum menggunakan keretapi
elektrik. Tetapi laluan Gemas ke Johor sedang aktif membangunkan landasan
berkembar.
Negeri Sembilan sudah hampir mempunyai system keretapi
elektrik sepenuhnya. Cuma masih ada lagi sistem keretapi lama iaitu dari Gemas
ke Bahau dan ke Kemayan. Tetapi sebenarnya Negeri Sembilan mempunyai satu
laluan yang sudah lama mati iaitu laluan Seremban - Port Dickson. Ini tidak
megambil kira laluan Bahau - Kuala Pilah yang sudah lama dihentikan.
Ramai yang tidak tahu satu ketika dahulu laluan Seremban ke
Port Dickson menjadi laluan yang tidak kurang pentingnya terutama kepada pengangkutan
kargo/barang2. Namun begitu, sejak tahun 1998, laluan ini tidak lagi digunakan
dan lebih banyak menggunakan lebuh raya Seremban - Port Dickson yang telah
dibuka. Mungkin juga sebab laluan rel yang tidak diselenggara,tidak dapat
dipastikan.
Orang2 lama mungkin masih ingat bagaimana dahulu melihat
keretapi dari Seremban ke Port Dickson melalui di sekitar rumah mereka. Dari
Seremban, ia akan melalui Rasah, Mambau, Kuala Sawah, Siliau, Lukut dan Port
Dickson. Laluannya ada yang melalui perkampungan, Ladang Kelapa Sawit dan
pekan2. Tetapi kini, tidak mungkin ia akan berlaku kembali kerana laluan rel
keretapi kebanyakannya sudah pun lenyap. Walaupun masih terdapat sebahagian
landasan yang masih cantik,tetapi untuk membina semula bukanlah sesuatu yang
mudah malah lebih rumit.Walaubagaimanapun, tapak laluan rel keretapi masih lagi
menjadi milik Perbadanan Aset Keretapi Berhad.
Stesen keretapi Port Diskcon sebenarnya masih lagi wujud walaupun
kelihatan sudah usang. Stesen yang menyimpan seribu sejarah dan kenangan ini
terletak di tepi laut dan laluan relnya akan bersambung ke jeti di tengah laut.
Ini bertujuan untuk memindahkan kargo seperti mana di stesen Perlabuhan Klang.
Stesen Keretapi Port Dickson, laluan rel keretapi, rumah2
usang di tepi rel dan peralatan klasik rel masih lagi wujud. Anda boleh
melihatnya masih tersergam kukuh di sepanjang laluan rel samada dari Bandar
Seremban hingga ke Port Dickson. Tetapi itu hanyalah menjadi kenangan lalu yang
masih teringat kepada orang2 lama yang mungkin pernah menaiki keretapi ke Port
Dickson-Seremban suatu ketika dahulu.
Mungkinkah suatu hari nanti laluan keretapi ini akan
dibangunkan semula? Perkara ini amat tipis kerana laluan jalan raya telah
menjadi laluan yang lebih cepat dan efisyen buat masa ini.
Adalah diharapkan agar pihak kerajan atau KTMB dapat
menjadikan stesen KTMB Port Dickon sebagai muzium KTMB kerana ianya adalah antara
stesen terawal yang dibangunkan oleh pihak British. Setidaknya, ianya akan
terpelihara sebagai satu khazanan Negara dan menjadi sumber maklumat. Di
samping itu, ia akan menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar Negara. Malah
generasi muda ramai yang tidak tahu tentang kewujudan stesen dan laluan ini
akan dapat mengetahuinya.
(C) Copyright 2019. NSTOS.
(C) Copyright 2019. NSTOS.
consdisdan_pe Joel Marcellus https://wakelet.com/@ulmicdoho437
ReplyDeletereiransiri