Kawasan Yang Boleh Dilawati di Sungai Lembing, Daerah Kuantan, Pahang.
Pintu Gerbang sebelum tiba ke Pekan Sungai Lembing. |
Sungai Lembing yang terkenal sebagai sebuah Bandar Perlombongan Bijih Timah satu ketika dahulu kini menjadi lokasi perlancongan yang menarik. Tetapi tidak pada waktu PKP ini kerana sektor perlancongan belum dibuka. Tetapi ini sebagai persediaan anda pada masa akan datang.
Terletak kurang 50 KM dari Bandar Kuantan, anda akan menyusuri Jalan Lama untuk ke sini dan melalui beberapa perkampungan sebelum tiba ke sini.
Jika anda sudah mengetahui apakah serba sedikit sejarah berkenaan dengan Sungai Lembing. Lokasi-lokasi menarik untuk dilawati dan dikunjungi adalah:
Muzium Sungai Lembing.
-Antara lokasi wajib dikunjungi untuk anda mengenali dengan lebih lanjut bekaitan dengan sejarah pekan ini, sejak dari zaman awal penemuannya sehinggalah menjadi Bandar Perlombongan yang terkenal.
Terowong Sungai Lembing.
-Seperti juga Muzium, Terowong Sungai Lembing akan memberi fokus lebih kepada suasana kegiatan perlombongan Bijih Timah di sini. Termasuklah sejarah penemuan, pembinaan, operasi, tenaga kerja dan sebagainya.
Pekan Klasik Sungai Lembing.
-Menarik juga untuk bersiar-siar di pekan yang masih klasik ini dimana terdapat beberapa bangunan dan lanskap lama yang perlu dikunjungi. Sesuai untuk bergambar dan bersantai.
Makan-makan masakan best di pekan ini.
-Suasana kampung di pekan klasik ini tidak sah jika anda tidak mencuba masakan menarik di pekan ini. Ianya masih lagi mengekalkan masakan tradisional negeri Pahang.
Jambatan Gantung.
-Terdapat beberapa Jambatan Gantung untuk melintasi sungai terdapat di sini, iaitu jalan selepas Muzium. Mungkin anda ingin mencuba untuk menyeberanginya dan mengambil gambar. Bukanlah menarik sangat tetapi agak seronok juga untuk singgah.
Bukit Panorama (perlu mendaki kira-kira sejam).
-Jangan ingin di pekan ini tiada lokasi mendaki. Ada juga bukit yang terletak berdekatan dengan sekolah iaitu di laluan selepas anda menuruni bukit Muzium Terowong tadi. Bukan semudah disangka, bukit ini memerlukan stamina untuk didaki selama satu jam juga.
Air Terjun Pelangi.
Menyusuri Sungai Lembing.
-Aktiviti ini perlu menaiki bot dan biasanya anda perlu menghubung agent pelancongan untuk melaksakannya.
Gunung Tapis (perlukan Jurupandu dan menaiki 4WD)
-Sepertimana aktiviti menyusuri Sungai Lembing, anda perlu menghubung agent pelancongan untuk melaksakan aktiviti yang lasak ini. Tidak seperti Bukit Panorama, Gunung Tapis mengambil masa beberapa hari untuk didaki dengan bantuan Jurupandu.
Lombong (Muzium) Sungai Lembing yang ditutup kerana kerja-kerja maniktaraf dan PKP. |
.
Comments
Post a Comment