Pulau & Tasik Dayang Bunting, Langkawi, Kedah.

 


Pulau ini sangat terkenal di Langkawi dan menjadi daya tarikan utama selain melawati Pulau Langkawi itu sendiri. Dengan terbinanya jambatan merentasi Selat Bagan Nyior antara Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba, boleh dikatakan kedua-duanya kini seperti berkombinasi.

Daya tarikan utama di Pulau ini semestinya Tasik Dayang Bunting yang perlu diakses menggunakan jalan laut atau menaiki bot. Terdapat Jeti khas untuk masuk ke Hutan Rekriasi ini sebelum anda berjalan menuju ke tasik.

Pengunjung boleh mandi manda di tasik ini atau menaik bot menjelajah ke sekeliling tasik yang bersejarah ini. Air tasik ini bukanlah air masin tetapi merupakan air tawar yang segar dan sangat menarik untuk mandi.

Kemudahan asas seperti Pondok Rehat, Tandas dan Tapak Perkhemahan ada tersedia di sini. Walaubagaimanapun, lokasi ini boleh dikatakan agak terpencil kerana terpisah daripada Pulau Langkawi dan hanya boleh diakses menggunakan bot.

Lihat Gambar-Gambar di bawah. Maklumat lanjut akan menyusul nanti.

 

.


.


.


.


.


.


 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang