Menara Kuantan 188 atau Menara Teruntum, Bandar Kuantan, Pahang

 

Menara Kuantan 188 dari bawah.

Terletak di Laman Teruntum, Bandar Kuantan. Menara yang baru dibuka pada Feb 2021 ini mula dibina pada tahun 2017. Merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Adakah Menara ini setinggi 188 meter? Terdapat dua anjung tertutup dan anjung terbuka di bahagian atas menara ini. Mungkin juga menara ini telah memintas status Menara Alor Setar yang pada satu ketika berada di rangking kedua tertinggi di Malaysia.

Menara ini hanya terletak berhadapan dengan Sungai Kuantan dan berada di kawasan Laman Teruntum (atau Teruntum Esplanade) yang sudah sekian lama wujud sebagai daya tarikan di sini.

Bayaran dikenakan untuk menaiki menara ini adalah RM15 untuk dewasa. Terdapat dua lif kaca tersedia untuk menaiki menara ini tetapi hanya satu yang digunakan kerana pengunjung agak kurang ketika PKP ini. Menaiki Lif Kaca memberikan satu pengalaman yang agak mendebarkan di samping pemandangan indah ketika mendaki.

Dari atas menara, kita bukan sahaja dapat melihat keindahan Bandar Kuantan dan Sungainya. Malah, kita dapat melihat keindahan Laut China Selatan, Tanjung Lumpur dan bukit-bukit di pinggir bandar. 

Lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

 

Papan Tanda di tepi Jalan Besar untuk laluan ke Lobby Menara Kuantan 188.

.



.

Sungai Kuantan di hadapan menara ini mengindahkan lagi lanskap pemandangan.

.

Lobby Menara. Masuk ke dalam Pintu Kaca untuk membeli tiket dan melawat Galeri.
.


Bagaimana Untuk Ke Sini & Kemudahan?

Parking Kenderaan berdekatan dengan menara ini agak terhad. Anda sebaiknya meletakkan kenderaan di Parking Laman Teruntum untuk ke sini. Boleh dikatakan, anda akan berjalan-jalan di Laman Teruntum selepas singgah di menara ini. Oleh itu, letakkan kenderaan di mana-mana Parking yang berdekatan sahaja.

Kemudahan asas lengkap terdapat di Lobby Menara seperti Kaunter Maklumat, Tandas, Surau, Pejabat, Kantin (belum dibuka) & Galeri Pameran. Jangan lupa singgah di Galeri untuk membaca sedikit maklumat berkaitan dengan Menara ini dan Jambatan Putra.


.




Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang