Temerloh Esplanade, Bandar Temerloh, Pahang

.


Terletak di Bandar Temerloh berdekatan dengan persimpangan Sungai Semantan & Sungai Pahang. Lokasi rekriasi kecil berkonsepkan sungai ini sangat menarik untuk mencari ketenangan dan bersantai. Tidak jauh dari sini juga ada Pasar Sehari Temerloh (yang ada Car Boat Sale pada waktu malam) yang boleh anda singgah jika berkelapangan dengan hanya perlu berjalan kaki sahaja. Tetapi Pasar Sehari hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja (hari Ahad) dan mungkin ditutup jika PKP penuh.

Terdapat Jambatan Gantung yang membolehkan pengunjung merentasi Sungai Semantan menuju ke sebuah Restoran menarik di tepi sungai. Selain dapat meikmati keindahan Sungai Pahang dan Semantan di atas jambatan, pengunjungjuga akan dapat menikmati mekanan laut yang enak di Restoran Anjung Cafe & Saiful apabila menyeberangi sungai. Pohon-pohon tinggi dan rendang yang terdapat di sini meredupkan lagi suasana persekitaran pada waktu tengahari yang panas.

Kawasan Rekriasi ini kecil sahaja dan salah satu kelemahannnya adalah ruang parking kenderaan yang agak terhad dan kebanyakan pengunjung terpaksa meletakkan kenderaan di bahu jalan yang agak sempit. Jika laluan ini adalah sehala, mungkin tidak menjadi masalah kerana masih terdapat lagi ruang untuk kenderaan melalui jalan ini.

Kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat dan Kedai Makan terdapat di sini walaupun agak ringkas sahaja. Ada Taman Permainan Kanak-Kanak terdapat disebelah Jambatan Gantung tetapi kelihatan ditutup kerana sudah usang. Terdapat Masjid yang terletak berdekatan dengan lokasi ini.

Terdapat Jeti kecil dan Bot-Bot yang terletak berdekatan dengan persimpangan Sungai Semantan/Pahang yang mungkin dimiliki oleh Nelayan dan Pengusaha Bot Pelancong. Mungkin bot-bot ini boleh disewa untuk aktiviti memancing dan boleh juga untuk sesiapa yang ingin berjalan menyusuri sungai Pahang & Semantan. Bermaksud, keseronokan River Cruise juga dapat dinikmati di sini dengan meyusuri Sungai Pahang dan Semantan.

Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini akan mengambil gambar sambil berehat atau melepak. Selain daripada Jambatan Gantung, papan tanda simbolik Temerloh di seberang sungai menjadi lanskap penting untuk bergambar dengan berlatarbelakangkan Sungai Pahang. Terdapat sebuah restoran Ikan Patin yang terletak berdekatan lokasi ini yang dikenali sebagai Medan Selara Dataran Patin. Ada juga pengunjung yang akan singgah ke Pasar Sehari yang terletak berdekatan. Ramai juga pemancing yang datang ke sini untuk memancing di tepi sungai Pahang.

Lokasi ini masih dibuka dan tidak ditutup ketika PKP kerana ianya berada di lokasi terbuka dan tiada bayaran dikenakan. Namun hasil tinjauan pada April 2021 mendapati Jambatan Gantung masih ditutup untuk penyelenggaraan dan Pasar Sehari masih dibuka pada hari Ahad dengan SOP ketat.

 

.


Terdapat Jeti & Bot-Bot di bawah Jambatan Gantung.
.


Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Semantan ke Restoran di seberang sana masih ditutup untuk penyelenggaraan.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang