Taman Paya Bakau Urband Woodland, Lumut/Manjung, Perak

Taman Paya Bakau ini merupakan sebuah Kawasan Rekriasi yang terletak berdekatan dengan Desa Manjung Raya, Lumut, Perak. Sungai Lumut Kanan adalah sungai yang terletak berhampiran dengan kawasan ini dan mengalir di sini.

Taman ini sudah lama diwujudkan jika dilihat berdasarkan struktur binaannya. Cuma keadaannya yang semakin usang sekarang dan terdapat beberapa seksyen yang ditutup. Pernah juga taman ini ditutup sepenuhnya sebelum penyelanggaraan ringkas dibuat sebelum ini.

 

Peta lokasi Mangorve Park yang terletak di Lumut, Perak.

 

Melawat Taman Paya Bakau ini membolehkan anda menjelejah masuk ke dalam hutan Paya Bakau yang indah dengan melalui laluan khas untuk pejalan kaki. Terdapat Jambatan Gantung, Jeti dan Menara Pandang disediakan. Namun begitu, tidak semua boleh dilalui dan digunakan kerana keadaannya yang usang atau rosak.

Banyak juga Papan Tanda Maklumat diletakkan disekitar laluan untuk dibaca oleh pengunjung. Maklumat berkaitan dengan Flora dan Fauna yang ada sini seperti Burung-Burung dan Pokok Bakau.

Kemudahan Asas terdapat di sini seperti Tempat Parking Kenderaan, Pondok Rehat dan Tandas. Namun, kelihatan kemudahan ini tidak terusus ketika gambar ini di ambil. Laluan Pejalan Kaki juga terdapat banyak lubang dan kayu yang telah reput. Ini menyebabkan ia tidak selamat untuk dilalui.

Gambar ini diambil beberapa tahun yang lalu dimana kawasan ini dalam keadaan yang tidak dijaga. Tidak pasti bagaimanakah situasi taman ini sekarang. Namun sejak pandemik melanda, banyak kawasan rekriasi yang ditutup.

Diharapkan agar Taman Paya Bakau ini dapat dibaikpulih atau dinaiktaraf kerana keindahan hutan di sini agak unik jika mahu dibandingkan dengan hutan-hutan lain.

Lihat gambar-gambar di bawah ini:


Sedikit maklumat berkaitan dengan Taman Paya Bakau ini.
.


Jambatan Gantung di sini yang kelihatan usang.
.


Laluan khas untuk anda mengembara ke dalam hutan paya bakau.

.
 

Banyak maklumat berkaitan dengan burung-burung dan tumbuhan yang terdapat di sini.
.


Kelihatan Laluan Pejalan Kaki yang berlubang dari sini.
.


.


.


Semestinya pemandangan yang indah untuk bergambar.
.


Sungai Lumut Kanan
.


.


Keindahan Pokok-Pokok Paya Bakau yang tidak terdapat di Hutan Lipur biasa.
.


.


.


.


.


.

 

.


Pemandangan indah Sungai Lumut Kanan dari Jeti di sini.
.


Laluan Pejalan Kaki ini memang menarik untuk dilalui jika ianya diselenggara dengan baik.
.


Banyak kerosakan atau lubang yang wujud di sepanjang laluan.
.


.


Gambar Jambatan Gantung dari tepi.
.

 

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang