Pantai Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.

Terletak kira-kira 5 KM dari bandar Kuantan. Ia merupakan pantai yang sangat terkenal di Kuantan sejak dahulu lagi. Pantai Teluk Cempedak merupakan kawasan peranginan yang menawarkan banyak aktiviti atau acara yang boleh dilaksanakan kerana lokasinya yang stratergik dan luas.

 

Lokasi bergambar berdekatan dengan Dataran Teluk Cempedak.

.


Pantai Teluk Cempedak yang luas dan ada banyak kemudahan membolehkan berbagai-bagai aktiviti dan kegiatan boleh dilakukan di sini terutama yang melibatkan ramai orang (aktiviti berkumpulan). Sebelum PKP dilaksanakan, pantai ini mejadi lokasi banyak aktiviti berkumpulan seperti Hari Keluarga, Karnival, Pameran, Kem Motivasi dan Kursus.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini tidak kira peringkat usia anda. Antaranya ialah:
-Bermandi manda air laut.
-Bemain sukan pantai seperti Bola Tampar, Bola Sepak dan Pasir. Berjoging pun boleh.
-Bermain sukan air seperti berkayak, Jetski dan sebagainya.
-Melepak-lepak sambil bersantai menenangkan fikiran.
-Makan-makan kerana ada banyak restoran dan kedai makan di sini.
-Berkhelah dan masak-masak.

-Membeli belah di Kedai Cenderahati & Bazaar. 
 

Kemudahan-Kemudahan
Disebabkan kawasannya yang sangat luas dan panjang. Kemudahan lengkap terdapat banyak di sini seperti Tempat Parking Yang Luas, Dataran, Taman Permainan, Kedai-Kedai Cenderahati, Restoran Aneka Pilihan, Lanskap Untuk Bergambar, Tapak Bazaar, Laluan Pejalan Kaki dan sebagainya. Malah, Deretan Kedai terletak tidak jauh dari tempat parking utama yang berada kira-kira 100 meter dari pantai ini.
Kemudahan asas seperti Tandas, Pondok Rehat, Tong Sampah, Surau dan lain-lain semestinya tersedia dan ada lebih daripada satu.
Jika anda ingin menginap di lokasi ini, terdapat penginapan murah atau hotel bajet yang terletak di deretan kedai berdekatan. Anda boleh menyewa di mana-mana hotel bajet berdekatan jika ingin berada lama di sini.


Hotel/Resort Disebelah
Jika anda ingin percutian premium yang lebih menarik, terdapat sebuah Hotel yang hanya terletak bersebelahan sahaja dengan Pantai Teluk Cempedak iaitu Hyatt Regency Resort bertaraf 5 Bintang. Kemudahan yang terdapat di Hotel ini semestinya lengkap dan lokasinya juga terletak di tepi pantai dimana anda akan dapat menggunakan kemudahan pantainya yang lebih tertutup.


Aktiviti Santai 24 Jam
Jika sebelum PKP, pantai Teluk Cempedak menjadi tumpuan aktiviti untuk berkhelah dan bermandi manda di siang hari. Pada malam hari pula, aktiviti bersantai di tepi pantai akan dilakukan terutamanya pada hujung minggu. Ramai penduduk berdekatan akan datang melepak di sini dari awal malam hinggalah ke pagi esoknya dan ada juga yang menginap di hotel berdekatan.
Namun, aktiviti 24jam ini tidak lagi dilakukan apabila PKP dilaksanakan sejak tahun 2020 yang lalu dan ini menjadikan lokasi ini kadangkala sunyi kerana kekurangan pengunjung.


Laluan Pejalan Kaki Merentasi Pantai Ke Teluk Tongkang.
Jika anda melawat ke Teluk Cempedak terutamanya yang jarang datang atau baru kali pertama. Adalah menjadi satu tarikan penting untuk melalui laluan khas pejalan kaki ini yang menghubungkan Teluk Cempedak ke Teluk Tongkang. Laluan ini akan merentasi pantai berbatu dan terletak bersebelahan dengan kawasan berbukit. Terdapat banyak pondok rehat disediakan di sepanjang laluan ini untuk pengunjung berisirehat. Terdapat juga laluan denai untuk menaiki ke bukit tetapi tidak sesuai dilalui jika tidak menggunakan peralatan mendaki secukupnya.
Laluan ini dianggarkan sepanjang 300 ke 400 meter sehinggalah anda menghampiri sebuah lagi pantai menarik iaitu Teluk Tongkang. Berhati-hati kerana terdapat banyak Beruk atau Monyet yang tinggal berdekatan di atas bukit berdekatan.


Pantai Teluk Tongkang

Hanya terletak kira-kira 500 meter dari Teluk Cempedak dan boleh diakses menggunakan laluan pejalan kaki tadi. Pantai Teluk Tongkang agak luas juga dan sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan berkumpulan. Selain teluk pantainya yang luas, terdapat kawasan ditumbuhi pohon-pohon untuk menjadi lokasi tapak perkhemahan dan berkhelah. Terdapat sebuah Kem kecil dengan Restoran yang tersedia berdekatan untuk pengunjung singgah atau bersantai.


Kedai-Kedai Makan Yang Menarik
Salah satu daya tarikan penting di sini adalah wujudnya banyak kedai-kedai makan aneka pilihan seperti makanan segera, makanan tradisional dan makanan ringan. Restoran terkenal seperti McD, KFC, Starbucks dan Burger King hanya terletak berdekatan dan tepi laut sahaja. Restoran makanan tradisional turut tersedia di bahagian tengah dimana anda boleh memilih aneka pilhan makanan tempatan yang sangat menarik. Makanan-makanan ringan seperti Nugget atau Sosej turut dijual di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang laluan.


Bazaar dan Kedai Cenderahati
Sebelum ini, terdapat satu tapak khas yang lapang dimana banyak kedai-kedai menjual barangan seperti pakaian, makanan, kasut, selipar cenderahati dan lain-lain. Dikenali juga dengan Bazaar, pengujung boleh singgah di sini untuk membeli apa-apa keperluan atau boleh juga untuk sekadar jalan-jalan.
Di sekitar Dataran Teluk Cempedak juga terdapat banyak kedai-kedai cenderahati dan menjual peralatan mandi seperti pelampung dan baju mandi. Terdapat juga pelukis-pelukis yang membuka kedai mereka di tepi laluan pejalan kaki yang menawarkan pengujung perkhidmatan lakaran.
 
 
.
 

.

 
Laluan Jambatan Kayu ini merentasi pantai di tepi bukit dan akan menuju ke Teluk Tongkang.
.


Simbol Monumen Tourism Malaysia yang masih megah berdiri.
.


.


.


.


.


.

.


.


.


Tidak jauh dari Teluk Cempedak adalah Pantai Teluk Tongkang.

.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang