Stesen Janaelektrik (Empangan Hidroelektrik) Sultan Mahmud Kenyir, Tenaga Nasional Berhad, Kuala Berang, Terengganu

Terletak di hujung jalan selepas anda melepasi simpang Air Terjun Jenagor dari pekan Kuala Berang, Terengganu. Jaraknya lebih 50KM dari bandar Kuala Terengganu tetapi hanya sekitar 16KM dari pekan Kuala Berang. 

Empangan ini sudah lama bertapak dan merupakan Empangan Hidro yang besar di Semenanjung Malaysia. Empangan ini juga berfungsi sebagai kawalan banjir. Sila baca dan lihat galeri di bawah untuk maklumat lanjut.

 

Bahagian Hadapan Pintu Gate Untuk Masuk.

Kawasan Empangan ini kelihatan seperti Kawasan Rekriasi atau Hutan Lipur

.


Ada sedikit kawasan parking kenderaan untuk pelawat mendaftar.

.

 

Terdapat pondok rehat dan meja tidak jauh dari pintu masuk.



.


.


Air yang dilepaskan dari empangan ini adalah permulaan kepada Sungai Terengganu

.

 

Maklumat Ringkas Berkaitan Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud

Empangan ini dibuka pada tahun 1988 dan dimiliki/dioperasikan oleh Lembaga Letrik Negara pada ketika itu. Kini, Lembaga Letrik Negara (LLN) dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). Kerja pembinaan bermula pada tahun 1978 dan siap sepenuhnya pada tahun 1985 untuk kerja-kerja pengujian. Berketinggian 150 meter tinggi dan lebar 800 meter. Pembinaan empangan inilah menyebabkan wujudnya tasik buatan yang besar  di Semenanjung Malaysia iaitu Tasik Kenyir. Empangan ini mampu menjana 1.6 GWh Kuasa Elektrik.

Sebelum ini ia merupakan juga laluan masuk ke Tasik Kenyir. Tetapi ada yang menyatakan anda tidak boleh akses ke Tasik Kenyir dari sini lagi. Anda hanya boleh mengakses dari Pengkawal Gawi sahaja.

 

 

Masuk Ke Dalam Kawasan Empangan Ke Tasik Kenyir

Untuk memasuki kawasan empangan ini, anda haruslah memohon kebenaran terlebih dahulu dan memberikan nama. Mungkin tidak dibenarkan untuk membuat lawatan sesuka hati atau membuat lawatan terhad tidak dapat dipastikan. Kebiasaannya, tujuan lawatan adalah untuk pembelajaran atau untuk pergi melancong ke Tasik Kenyir. 

Untuk kes melancong ke Tasik Kenyir, permohonan biasanya akan dilakukan oleh pihak Agent Pelancongan yang mengusahakan Rumah Bot. Tempahan dilakukan oleh pelanggan yang suka memancing atau ingin mengembara ke Tasik Kenyir. 

Laluan utama untuk memasuki Tasik Kenyir adalah melalui Pengkalan Gawi yang terletak kira-kira 50KM dari sini. Disebabkan Tasik Kenyir agak luas, banyak lokasi menarik yang boleh dilawati dan ada yang terletak agak jauh berpuluh-puluh Kilometer. Oleh itu, pemilihan lokasi awal Rumah Bot adalah penting bergantung kepada kawasan yang ingin ditujui.

 

Anda akan membawa kenderaan masuk ke dalam dan mendaki bukit untuk berada di bahagian atas empangan.

.


 .

 

Terdapat beberapa Kawasan Parking kenderaan untuk pengunjung.

.

 

Sebuah Rumah Galeri Penerangan terletak tidak jauh dari sini. Bolehlah singgah sebentar.

.


Model replika empangan dipamerkan disini dengan sedikit penerangan.

.


.



Turun Ke Tasik Kenyir

Terdapat tangga turun ke bawah tidak jauh dari Rumah Galeri tadi.

.


Pengembaraan Rumah Bot akan bermula.

.


.

 

.

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang