Air Terjun (Hutan Rekriasi) Sungai Tekala, Jalan Lama Semenyih - Hulu Langat, Selangor

**Hutan Lipur masih ini ditutup kerana perlaksanaan PKP. Jun 2021.

Hutan Rekriasi Sungai Tekala yang ditutup di kala PKP.

Terletak di Jalan Lama (Jalan Sungai Lalang), laluan dari pekan Semenyih ke Hulu Langat, Selangor. Hutan Lipur ini sebenarnya terletak tidak jauh dari Empangan Semenyih yang terkenal. 

Hutan Lipur ini memanjang ke dalam dan ianya tidaklah begitu lebar. Air Terjun kecil yang mengalir dari bukit berdekatan memberikan satu tarikan menarik di kawasan ini selain daripada keindahan rimbanya.

Kemudahan yang lengkap terdapat di hutan lipur ini seperti kawasan parking kenderaan yang luas, tandas, pondok rehat, pejabat, surau dan lain-lain.

Terdapat banyak gerai-gerai menjual makanan & minuman yang tersedia di tepi jalan berdekatan dengan kawasan parking kenderaan. Oleh itu, anda boleh menikmati makanan ringan yang dijual. Namun, tidak terdapat Restoran besar yang khusus di bina di sini.

Bayaran masuk sebanyak RM2 akan dkenakan kepada pengunjung. Waktu lawatan adalah terhad pada waktu siang sahaja kecuali jika dengan kebenaran untuk aktiviti khusus. Hasil tinjauan sebelum ini mendapati pada waktu malam, operasi dan perniagaan akan dihentikan sementara.


Aktiviti yang biasa dilakukan di sini adalah:

- Bermandi manda air terjun, jeram & sungai.

- Berkhelah & Memasak BBQ

- Perkhemahan dan kem motivasi

- Berehat & bersantai dalam hutan lipur.

- Merentasi Trek Hutan yang ringkas atau beriadah.


Selain itu, di hutan lipur ini juga boleh dilakukan aktvititi kem motivasi untuk pelajar dan kursus lain kerana terdapat kemudahan disediakan. Ada Kawasan Perkhemahan yang luas dengan Tandas Khas yang tersedia.

Tidak dapat dipastikan adakah terdapat bukit atau gunung berdekatan lokasi ini yang boleh didaki tetapi jika dilihat tidak ada trek pendakian yang rasmi.

Hutan Lipur ini sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga kerana ia mudah diakses dan tidak terlalu jauh dari bandar Kuala Lumpur, Kajang dan Seremban. 

Terdapat Pejabat Perhutanan dan Taman Herba kecil di sebelah Hutan Lipur ini. Berkemungkinan, tujuannnya adalah untuk penyelidikan dan kajian perhutanan.


Pintu masuk Hutan Rekriasi.

.

 

Kawasan Parking yang luas ini akan penuh pada hujung minggu
.


Tapak Perkhemahan untuk aktiviti Kem Motivasi dan Kursus
.


Terdapat pejabat Perhutanan di sebelah Taman Eko Rimba ini.
.


.


Kaunter Bayaran masuk dan penerangan
.


.


.


Sedikit maklumat berkaitan kawasan ini

.

 

Maklumat Lain Dan Lokasi Menarik Yang Berdekatan.

Kawasan Sungai Tekala ini sebenarnya sangat popular di kalangan Kaki Pancing kerana terdapat beberapa kawasan Kolam Memancing yang terletak berdekatan. Malah, Tasik Empangan Semenyih yang terletak selepas bukit juga mempunyai banyak kawasan menarik untuk memancing ataupun melaksanakan aktiviti beriadah. 

Ramai juga pengunjung berbasikal yang melalui Jalan Lama Semenyih ke Hulu Langat akan menjadikan lokasi ini sebagai tempat persinggahan mereka. Mungkin kerana ada banyak kemudahan yang terdapat di sini dan lokasi yang stratergik.



Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang