Taman Negeri Tanjung Piai, Pontian, Johor

 


Taman Negeri Tanjung Piai juga adalah merupakan titik hujung benua Asia.
Merupakan hutan Paya Bakau yang menarik untuk dikunjungi kerana terdapat laluan jambatan yang panjang merentasi hutan ini dan menuju ke sebuah lokasi paling hujung di benua Asia.


Untuk datang ke sini bukanlah mudah tetapi tidak sukar. Anda perlu melalui jalan perkampungan dari Pontian Kecil yang agak mendap dan tidak rata. Tiada lebuh raya atau jalan pintas yang tersedia, namun begitu jambatan Sungai Pulai sedang dalam pembinaan.


Pemandangan pantai yang indah dapat dilihat dari sini yang merupakan Selat Melaka dan Singapura. Oleh itu, ramai pengunjung yang datang ke sini akan mengambil peluang untuk bergambar di lokasi yang terdapat pemandangan indah.
Anda juga boleh mengunjungi pameran dan galeri yang terdapat di sini untuk bacaan anda jika berminat.


Ramai yang hadari ke sini akan mendapat sijil yang membuktikan anda sudah sampai ke lokasi hujung benua asia ini. Bayaran RM5 akan dikenakan untuk sijil tersebut.


Berhati hati dengan kewujudan Beruk atau Kera yang sentiasa berkeliaran di sini.
Kemudahan yang lengkap terdapat di lokasi ini namun mungkin kekurangan medan selera kerana pengunjung yang hadir ke sini kebiasaannya pada hujung minggu sahaja.

 

.


.


.


.


.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang