Bukit Engku Busu, Pekan Lumut, Perak

Terletak berdekatan dengan pekan Lumut, Perak iaitu tidak jauh dari Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut. Jalan masuk atau simpang ke Starting Point mendaki berada berdekatan dengan selekoh di hadapan Balai Polis Lama. Anda perlu bergerak pada jarak 300 meter dari simpang tadi untuk ke lokasi permulaan mendaki.

Bukit bersejarah ini tidaklah begitu mudah di daki tetapi tidak juga sukar. Anda memerlukan masa sekitar satu ke sejam setengah untuk mendaki hingga ke puncak.

Dari segi pemandangan, anda tidak akan menikmati pemandangan penuh di puncak kerana dilindungi oleh pohon-pohon yang tinggi. Anda hanya boleh melihat sebahagian daripada pekan Kampung Acheh dari sini.

Tetapi sebelum sampai di puncak iaitu kira-kira 10-15 minit, terdapat satu lagi lokasi untuk melihat pemandangan indah sekitar Pengkalan TLDM dan Sungai Manjung.

Sila lihat Galeri-Galeri dan penerangan di bawah ini:

 

Trek Permulaan Mendaki Bukit.

Trek permulaan mendaki adalah di sebelah kiri papan tanda ini.
.
 

Trek mendaki Bukit Engku Busu tidaklah begitu kompleks. Terdapat beberapa simpang tetapi akan tetap menuju ke arah yang sama. Oleh itu, mendaki bukit ini tidak memerlukan jurupandu kerana laluan pendakiannya agak mudah. Namun anda masih perlu berhati-hati kerana terdapat cerun atau jurang yang merbahaya.

Keadaan trek pendakian agak mencabar kerana ia bukan bersifat mendatar. Anda perlu menggunakan bantuan tali semasa mendaki di beberapa lokasi yang agak curam. Terdapat juga beberapa batu-batu besar di sepanjang pendakian. 

Terdapat banyak Beruk atau Kera di sini tetapi mereka tidak terlalu agresif jika tidak diganggu. Kebersihan haruslah dijaga.

 

 

Kemudahan & Lain-Lain Perkara.

Bukit Engku Busu bukanlah Kawasan Rekriasi atau Taman Eko Rimba yang besar. Ia hanyalah sebuah bukit untuk didaki sebagai aktiviti riadah. Oleh itu, tiada kemudahan khusus atau lengkap disediakan disini. Bayaran juga tidak dikenakan buat masa ini.

Kawasan Parking kenderaan agak luas di lokasi permulaan mendaki. Terdapat sebuah Kuil tidak jauh dari lokasi ini. Tiada kemudahan Tandas, Kedai atau Pejabat yang disediakan. Hanya terdapat Pondok Rehat dan Tong Sampah disekitar lokasi permulaan mendaki.

Terdapat lagi satu trek mendaki bukit ini iaitu dari Kampung Padang Tembak yang terletak berdekatan dengan pekan Lumut. Namun, hanya sebelum tahun 2010 trek tersebut digunakan. Kini trek mendaki dari Kg Padang Tembak sudah menjadi semak dan tidak lagi boleh dilalui.



Pemandangan di puncak.

Terdapat beberapa pondok rehat di puncak untuk berehat sementara.

.


.

 

Pemandangan di lokasi sebelum puncak.

Pemandangan di sini kelihatan lebih menarik dari di puncak.

.


.


.


Pemandangan indah Pengkalan Tentera Laut & Sungai Manjung.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang