Kem Wawasan/Bina Negara Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan
Tidak dapat dipastikan mengapakah nama asal Kem Bina Negara yang telah digunakan sejak sekian lama ditukar kapada Kem Wawasan Negara. Namun begitu, kedua-duanya tetap di lokasi yang sama.
Di penghujung Jalan Ulu Sepri, Kampung Empang Batu. |
.
Tempah Parking pelawat dan Lanskap Kem Wawasan Negara Ulu Sepri. |
.
Pondok Jaga dihadapan sana. Kem ini tidak boleh masuk sesuka hati. |
.
.
Terletak di hujung Kampung Empang Batu di Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Lokasinya adalah di hujung sekali sebelum dihujungkan oleh hutan dan Empangan Ulu Sepri. Kem Bina (atau Wawasan) Negara ini seperti berkongsi ruang yang sama dengan Empangan Ulu Sepri dan hanya dipisahkan oleh tembok empangan. Mungkin ianya agak menggerunkan bagi sesetengah orang namun jangan risau kerana tembok empangan sudah dibina dengan kukuh.
Kem Wawasan Negara Ulu Sepri berada di lokasi yang amat stratergik. Bukan sahaja berada di hujung kampung dan di dalam rimba, malah kawasan hutan simpan hanya terletak bersebelahan sahaja dan empangan yang indah pula terletak di atas bukit.
Apa yang menarik di Kem Bina Negara ini adalah aliran air sungai dari Empangan Ulu Sepri yang terletak hanya di belakang kem ini sahaja. Air sungai ini juga diibaratkan seperti air terjun yang bersih dan membolehkan perserta kursus untuk bermandi manda.
Satu perkara yang tidak boleh diubah adalah Kem ini bukanlah lokasi pelancongan umum walaupun ia sudah berada di lokasi yang sangat menarik untuk melancong dalam kategori alam semulajadi. Kem ini dikhaskan untuk kursus, kem motivasi atau kem bina semangat dan segala yang berkaitan dengannya. Bermaksud, anda tidak boleh datang ke sini bersama keluarga semata-mata untuk bersantai dan melancong, memancing serta mandi sungai. Tidak pasti jika pada masa hadapan, adakah kem ini akan dibuka untuk pelancongan umum.
Disebabkan lokasinya, aktiviti berkhelah dan merentas hutan sangat sesuai dilakukan di sini. Terdapat banyak tapak perkhemahan yang disediakan di samping aliran sungai yang menyebabkan suasana lebih menarik.
Tidak jauh dari Kem Bina Negara ada simpang ke Empangan Ulu Sepri di sebelah kanan. |
.
Pintuk masuk kem dari pandangan udara. |
.
Kem Wawasan Negara Ulu Sepri agak luas kawasannya dengan segala kemudahan yang lengkap. |
.
Bangunana Pejabat utama Kem ini yang masih tertulis KBN atau Kem Bina Negera. |
.
.
.
.
Kelihatan tembok Empangan yang betul-betul di belakang Kem ini. |
.
.
.
Comments
Post a Comment