Kolam Memancing Jerlang Pantai, Kampung Pantai, Seremban, Negeri Sembilan.

Papan Tanda menyatakan Sport Fishing di Jerlang Pantai.


Terletak berdekatan dengan simpang tiga menuju ke Lenggeng di Jalan Seremban - Kuala Klawang, Daerah Seremban. Pekan Pantai terletak kira-kira 5 KM dari sini. Lokasi Kolam Memancing ini memang berada di kawasan rimba atau hutan tetapi rimba yang ada semakin lenyap kerana banyak penerokaan yang belaku.

Suasana di Kolam Memancing ini masih tenang dan aman kerana terletak berdekatan jalan raya yang tidak sibuk. Keadaan akan menjadi lebih sunyi dan damai pada waktu malam dan awal pagi. Lokasi Kolam ini terletak berdekatan dengan aliran Sungai Batang Jerlang dan sebab itulah nama Jerlang digunakan pada Kolam ini.

Kolam Memancing ini telah ditutup sekian lama akibat PKP dan dibuka semula selepas PKP 3 apabila Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3. Aktiviti memancing kembali diteruskan walaupun tidak serancak dahulu. Mungkin pada hujung minggu, semakin ramai pengunjung yang akan hadir ke sini. Jika sebelum ini, kebanyakan Kolam Memancing akan dibuka hampir 24 jam, namun disebabkan PKP mungkin aktiviti terpaksa dihadkan.

Terdapat dua kolam memancing utama di sini dan kenderaan boleh diletakkan berdekatan kerana terdapat akses yang mudah. Kemudahan asas terdapat di sini seperti Tandas, Pondok Rehat, Pejabat, Lampu dan Surau.

Lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

.


 

Kenderaan boleh parking di sebelah pondok sahaja. Ada laluan mudah.
.


.


Terdapat dua Kolam Memancing Utama di sini.
.


Suasana dan keadaan air agak tenang dan aman.
.


.

Pejabat Pendaftaran Memancing.
.


Pondok Rehat pemancing ada banyak.
.


.


.


Lokasi Memancing terletak kira-kira 100 meter sahaja dari jalan utama.
.


Sungai Batang Jerlang (Jambatan) yang terletak berdekatan dengan lokasi ini.
.

 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang