Kolam Memancing 99 Pedas (Kolam Pancing Pedas), Pedas, Rembau, Negeri Sembilan.


Kolam Memancing Pedas atau Kolam Memancing 99.

 
Terletak di Kampung Paya Besar, Pedas, Negeri Sembilan. Lokasi kolam memancing ini memang di tepi jalan sahaja tetapi bukan di Jalan Utama Pedas-Rembau. Anda perlu masuk simpang di Lampu Isyarat berdekatan dengan Hospital Rembau ke jalan menuju ke Lebuhraya atau Linggi.

Terdapat dua kolam memancing utama di sini dan kolam memancing ini tidaklah begitu besar. Suasana di sini masih tenang walaupun terdapat sedikit kebisingan jalan raya di sebelah.

Papan Tanda menyatakan bahawa nama Kolam ini adalah Kolam Memancing 99 dan ramai juga yang memanggil lokasi ini sebagai Kolam Pancing Pedas. Setelah ditutup sekian lama akibat PKP sebelum ini, kolam ini kembali dibuka selepas PKP 3 apabila Negeri Sembilan beralih ke Fasa 3.

Mungkin Kolam Memancing ini tidaklah begitu popular jika hendak dibandingkan dengan kolam-kolam lain tetapi dikatakan harga yang dikenakan agak berbaloi. Namun ada pelanggan yang menyatakan tidak begitu banyak ikan yang terdapat di sini. Walaubagaimanapun, selepas PKP mungkin lebih banyak ikan akan wujud di sini.

Kemudahan asas yang ringkas ada terdapat di sini seperti Tempat Parking, Pondok Memancing, Tandas & Surau. Terdapat Pondok Pejabat Pentadbiran & Stor untuk segala urusan dengan pelanggan selain menjadi lokasi rehat. Kolam ini dibuka 24 jam sebelum ini untuk segala aktiviti memancing namun disebabkan PKP, mungkin aktiviti memancing akan dihadkan waktunya.

Terdapat beberapa Restoran atau Kedai Makan yang terletak berdekatan jika anda lapar ketika memancing. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:

 

 

Kolam ini hanya terletak di tepi jalan sahaja. Papan Tanda tertulis Kolam Pancing 99 Pedas.
.


Pondok Pejabat Pendaftaran & Stor. Ada kemudahan lain juga.
.


Ada dua Kolam Memancing utama di sini.
.


Suasana masih santai walaupun Pondok Rehat agak kurang.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3