Pusat Ikan Hiasan Port Dickson & Pengkalan/Jeti Nelayan Teluk Kemang, Port Dickson.

**Pusat Ikan Hiasan ini sudah dibuka pada bulan November 2021 yang lalu. Maklumat tambahan akan menyusul nanti.**

Ramai yang tidak tahu di Port Dickson, terdapat sebuah Kompleks yang berkaitan dengan pembelaan Ikan Hiasan atau berkaitan dengannnya. Jika anda adalah orang yang mempunyai hobi membela ikan di dalam akurium, seharusnya anda mengunjungi pusat ini.

Namun begitu, pusat ini ditutup sejak sekian lama kerana PKP walaupun pernah dibuka sekejap sebelum ditutup semula. Hasil tinjauan pada awal September 2021, Pusat ini masih ditutup. Tidak dapat dipastikan bilakah Pusat ini akan dibuka semula.

Lokasinya agak tersuruk walaupun berada tidak jauh dari jalan utama dan berdekatan dengan pantai Teluk Kemang yang sangat terkenal. Simpangnya berdekatan dengan selekoh yang juga adalah laluan ke Pengkalan Nelayan Teluk Kemang.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson memang terletak di tepi laut dan terdapat laluan kecil yang menghubungkan pusat ini dengan laut.

Kemudahan asas yang lengkap terdapat di sini seperti Tempat Parking (yang sudah semak), Tandas, Pejabat, Surau, Pondok Rehat dan lain-lain. Tetapi tidak terdapat restoran atau kedai makan yang berdekatan di sini.

Pengkalan Nelayan Teluk Kemang yang hanya terletak di sebelah pusat ini merangkumi Jeti, Pondok Rehat dan tempat meletak Bot-Bot Nelayan. Terdapat juga bangunan pejabat dan stor nelayan di sini.

 

Pusat Ikan Hiasan masih lagi ditutup untuk lawatan.
.


Luas juga bangunan Pusat ini. Banyak pameran yang boleh dibaca jika dibuka nanti.
.



Pengkalan Nelayan Teluk Kemang.

Terletak hanya bersebelahan dengan Pusat Ikan Hiasan Port Dickson adalah Pengkalan Nelayang Teluk Kemang. Lokasi ini bukanlah untuk lawatan atau pelancongan kerana ianya adalah pengkalan nelayan.

Tetapi mungkin jika anda kaki pancing, bolehlah bertanya untuk menempah bot untuk pergi memancing kerana terdapat perkhidmatan sewa bot di sini.

 

Pengkalan Nelayan ini tidaklah begitu luas.

.


.


Pejabat Persatuan Nelayan.
.


.

 

Tinjaun Dari Udara

.


.


.
 

Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3