Jeti dan Kelong Memancing Mamod, Kampung Kuala Lukut, Port Dickson.


Jeti Tradisional Mamud di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson.


Terletak di suatu lokasi yang agak terpencil walaupun mudah di akses iatu di Kampung Kuala Lukut, Port Dickson. Ia juga terletak berdekatan dengan Jeti Memancing Kuala Lukut.


Lokasi ini sememangnya popular di kalangan kaki pancing di kawasan Kuala Sungai. Jeti ini sebenarnya adalah Jeti Tradisional yang dibina mneggunakan kayu pokok dan kayu pembinaan rumah tradisional. Terdapat beberapa pondok rehat yang kecil dibina di kawasan jeti untuk kaki pancing berehat sambil memancing.


Kemudahan Dan Bayaran

Pun Pun atau Umpan memancing memang ada dijual di sini. Terdapat juga perkhidmatan menyewa bot jika anda mahu keluar memancing di kawasan yang lebih jauh dan luas.

Ada kawasan parking tersedia berdekatan dengan jeti, namun mungkin akan menjadi terhad jika ramai pengunjung kerana ruang yang kurang. Namun masih boleh parking di jalan luar yang jauh sedikit.

Kemudahan agak terhad di sini tetapi terdapat tandas dan kedai makan yang kecil.

Tidak pasti berapakan bayaran yang diukenakan. Mungkinkah RM3 seperti kebiasaannya yang dikenakan?.

Disebabkan ini adalah jeti tradisional kayu, tidak terdapat pengandang di beberapa laluan tertentu yang memerlukan pengunjung untuk berhati-hati terutamanya jika membawa kanak-kanak. Siaz Jeti yang kecil di sini juga menyebabkan berlaku kesesakan jika terlalu ramai pengunjung. Keadaan ini berlaku pada hujung minggu.

 

Adakah rumah yang berwarna hijau ini pejabatnya?
.


Terletak di kawasan yang sekitarnya terdapat Pokok-Pokok Bakau.
.


.


.


.


Jeti memancing ini kelihatan sudah lama ditubuhkan.
.


Ada beberapa pondok rehat kecil di kawasan jeti

.

 

.


Kawasan utama jeti memancing yang sungguh tradisional.
.


Bot-Bot Nelayan yang terdapat di sini.
.


.


Kawasan Parking ada berdekatan tetapi mungkin terhad pada waktu puncak.
.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Restoran Tanah Aina Fareena Cafe, Lebuhraya Karak, Bentong, Pahang