**Kolam Memancing ini masih lagi ditutup pada 15 September 2021.**
|
Kolam Memancing Merual di tepi jalan masih ditutup.
|
Kolam Memancing ini agak terpencil sedikit kerana berada di tepi jalan kecil antara Seri Menanti ke Senaling. Anda perlu memandu ke pekan Seri Menanti untuk ke sini jika dari Seremban atau Kuala Pilah. Melainkan anda dari Senaling atau Rembau, mungkin boleh ikut jalan kecil dari Senaling ke Seri Menanti.
Hasil tinjauan sebelum ini (August 2021) mendapati Kolam Memancing ini masih ditutup walaupun PKP 3.0 sudah beralih ke Fasa 3 di Negeri Sembilan. Memang kolam ini sudah ditutup sekian lama sebelum ini akibat perlaksanaan PKP. Tidak dapat dipastikan bilakah kolam ini akan dibuka.
Lokasi memancing ini bukanlah begitu popular tetapi lokasinya agak menarik kerana berada di hulu dan perkampungan yang sunyi. Suasana di sini begitu tenang dan aman terutamanya pada waktu awal pagi dan malam.
Terdapat sebuah Kolam Memancing utama di sini walaupun kelihatan ada dua kolam di kawasan ini. Ada Kemudahan Asas yang ringkas disediakan seperti Tandas, Pondok Rehat dan Surau. Pondok Pejabat pula kelihatan agak usang kerana sudah lama ditutup. Tempat Parking ada disediakan walaupun agak terhad namun kawasan ini tidak begitu sibuk.
Tidak banyak maklumat khusus yang dapat diceritakan berkenaan dengan Kolam Memancing ini kerana ia masih ditutup dan tidak ada laman web khusus yang menceritakan tentang kolam ini.
Lihat Galeri-Galeri di bawah:
|
Kelihatan ada satu kolam utama di sini.
|
.
|
Pondok Pejabat atau Stor yang kelihatan usang.
|
.
.
.
|
Ada Tandas dan Pondok Rehat untuk pemancing.
|
.
|
Terletak di perkampungan yang sunyi.
|
Comments
Post a Comment