Gunung Datuk Sebelum Tahun 2015 Dan Ke Bawah, Rembau, Negeri Sembilan.


Gunung Datuk kini (atau sejak tahun 2016) telah menjadi satu lokasi pelancongan alam semulajadi yang sangat popular dan terkenal. Malah ramai pelancong dari luar negara yang meminati untuk mendaki bukit atau gunung ini. Walaubagaimanapun, keadaan ini terhenti sementara apabila pandemik melanda pada Mac 2020 dimana PKP diperkenalkan dan kegiatan rekriasi pelancongan disekat atau dihadkan aktivitinya.

Gunung Datuk sebenarnya sudah lama menjadi lokasi pendakian iaitu sejak tahun 80an dan 90an lagi oleh penduduk berdekatan di Daerah Rembau. Ramai murid sekolah atau pelajar universiti menjadikannya sebagai lokasi perkemahan dan pendakian pada ketika itu. Tetapi popularitinya hanya meningkat sejak tahun 2010 dan semakin mendadak selepas tahun 2015 dan ke atas. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kemajuan teknologi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan lain-lain yang membolehkan lokasi ini menjadi viral.

Kalau dahulu atau sebelum tahun 2010, kebanyakan kawasan rekriasi alam semulajadi lebih dikenali dengan gelaran Hutan Lipur atau Air Terjun. Selepas tahun 2010 amnya, istilah Taman Eko Rimba mula diperkenalkan sedikit demi sedikit di seluruh negara. Namun begitu, ramai yang masih menggunakan nama Hutan Lipur dan Air Terjun berbanding nama Taman Eko Rimba itu sendiri.



Apa yang ingin diceritakan di sini adalah suasana di puncak gunung ini terutamanya sebelum tahun 2015 dimana agak sukar untuk mendaki ke puncak kerana tiada tangga yang khusus. Secara amnya, trek pendakian Gunung Datuk tidak banyak berubah dan hampir melalui laluan yang sama sejak dahulu lagi. Perbezaan ketara adalah pembinaan Pondok Ranger (sekitar tahun 2018) yang terletak di  lokasi yang ke dalam sedikit dan tangga khusus sebelum tiba di pondok tersebut. Sebelum ini, lokasi Pondok Renjer adalah di kawasan parking utama di kaki Gunung Datuk.

Perbezaan lain yang juga penting adalah pembinaan tangga yang lengkap untuk mendaki ke puncak batu di atas gunung dimana sebelum ini, hanya tangga ringkas yang boleh digunakan dan agak berisiko untuk didaki. Oleh itu, tidak semua pendaki akan sanggup untuk menaiki ke puncak berbatu yang terdapat pemandangan indah hampir 360 darjah. Dengan adanya tangga luas yang lebih selamat, hampir semua pendaki dapat menikmati pemandangan di puncak batu tertinggi.

Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri dan beberapa syarikat swasta telah melakukan kerja-kerja menaiktaraf kemudahan di kaki Gunung Datuk untuk keselesaan pengunjung.

Sila lihat galeri-galeri di bawah:

Papan Tanda Maklumat lama yang sudah dialihkan.

.

 

Pokok besar ini yang wujud di awal pendakian sejak dahulu lagi.

.

 

Walaupun sudah mati, pokok besar ini masih ada untuk bergambar.

 .



Keadaan di Puncak dan Puncak Berbatu.


Keadaan di puncak ini tidak banyak bezanya berbanding dahulu.

.

 

Pernah sebelum ini, ada Tandas di puncak ini tetapi tidak sesuai pembinaannya dan sudah rosak serta dimusnahkan.

.


Tangga lama untuk naik ke puncak pertengahan.
.


Tangga lama untuk naik ke puncak berbatu.

.

 

Tidak semua orang sanggap menaiki tangga ini.

.

 

Keadaan tangga dahulu untuk naik ke puncak berbatu paling tinggi.

.

 

Pemandangan di puncak tertinggi masih sama situasinya. Cuma sekarang semakin banyak kawasan hutan yang sudah dimusnahkan.
.



.



.

 

Kebanyakan Papan Tanda yang wujud pada ketika ini ditampal pada pokok sahaja.


 

.


.


Comments

Popular Post

Air Terjun Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, Selangor

Jeram Tengkek, batu Kikir, Kuala Pilah

Mendaki Gunung Kinabalu (Laban Rata ke Puncak) - Bahagian 3