Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir, Kuala Berang, Terengganu.
Air Terjun Lasir yang agak terpencil. |
Air Terjun yang terletak di kawasan Tasik Kenyir ini tidak boleh diakses melalui jalan darat sebelum ini dimana anda perlu menaiki bot untuk ke sini. Namun tidak pasti pada tahun 2020 ini adakah sudah terdapat jalan darat untuk ke sini. Laluan masuk ke sini adalah melalui Jeti yang terletak di kawasan Tasik.
Sepertimana Hutan Lipur atau Air Terjun yang terdapat di lokasi lain, Air Terjun Sungai Lasir menawarkan keindahan alam dan kesegaran air terjun dan jeram yang sangat memepersonakan.
Hanya satu kelainan lokasi ini adalah ia agak terpencil dan tidak boleh diakses sesuka hati kecuali oleh sesiapa yang menaiki rumah bot ke Tasik Kenyir. Keadaan ini menyebabkan kawasan ini agak sunyi dan terpelihara daripada sampah sarap atau kekotoran yang berpunca daripada pengunjung.
Kemudahan yang terdapat di sini tidak sama dengan kemudahan di lokasi Hutan Lipur tepi jalan kerana tiada kemudahan lengkap di sini seperti Tandas, Pejabat, Kedai Makan dan Bekalan Elektrik. Kemudahan seperti Pondok Rehat, Menara Pemandangan, Jambatan Gantung, Jeti dan Tapak Perkhemahan memang ada tersedia.
Terdapat Jeram utama yang sangat menarik untuk bermandi manda selain daripada kawasan Air Terjun yang agak luas. Tetapi pengunjung haruslah berhati-hati kerana keselamatan adalah tanggungjawab sendiri di lokasi terpencil ini.
Ramai yang datang ke sini untuk bermandi-manda Air Terjun yang segar sambil menikmati keindahan alam yang masih terpelihara. Mungkin kurang pengunjung yang berkhemah di sini kerana mereka sudahpun menginap di Rumah Bot masing-masing.
Air Terjun dan keadaan muka bumi di sini adalah berbukit dan beritingkat-tingkat. Anda boleh berjalan dan mendaki melalui laluan yang disediakan untuk naik ke kawasan yang lebih tinggi, bagi melihat pemandangan yang lebih menarik. Tetapi harus berhati-hati kerana tiada siapa yang akan membantu anda di kawasan terpencil ini.
Terdapat banyak lagi lokasi Air Terjun yang menarik di sekitar Tasik Kenyir yang boleh dikunjungi dan Air Terjun Sungai Lasir adalah antara yang paling dekat. Ada lagi lokasi menarik lain yang agak jauh untuk pergi dan lebih terpencil berbanding di sini. Sila lihat Galeri-Galeri di bawah ini:
Air Terjun bertingkat yang terdapat di sini memang menarik. |
.
Terdapat laluan yang disediakan dan anda boleh mendaki ke atas bukit. |
Suasana yang tenang dan aman di sini. Kedengaran hanya bunyi Air Terjun dan hutan. |
Pondok Rehat, terdapat juga Menara Tinjau. |
.
Jeram mandi utama yang luas berdekatan dengan Jambatan Gantung. |
Kawasan Air Terjun ini terlindung daripada panas terik matahari. |
Harus berhati-hati di sini kerana banyak kawasan berbatu-batu. |
.
Jambatan Gantung & Jeram Mandi Utama.
Jambatan Gantung ini masih kukuh ketika lawatan. Tidak pasti bagaimana keadaannya pada tahun 2020. |
Air Terjun bertingkat yang dilihat dari Jambatan Gantung. |
.
Kolam atau Jeram mandi utama yang sangat luas. Pandangan dari Jambatan Gantung. |
.
Air Terjun yang akan meninggalkan seribu kenangan. |
.
Comments
Post a Comment